Khamis, 30 Julai 2015

AIDILFITRI 2015

Salam Aidilfitri semua.Hari ni dah 14 syawal.Sekejap je kan dah masuk setengah bulan syawal. Nak share sambutan syawal kami tahun ni. Raya tahun ni zura tak meriah sangat sambutnya,sebabnya belum pulih 100% kecederaan kaki ni kan. Lagipon incik suami pon macam tak da mood nak beraya jer.Kesian dekat isterinya tak boleh berjalan terlalu banyak.Nanti kaki sakit.

Kami pulang ke kampung petang sehari sebelum raya.Terpaksanya cenggitu sebabnya incik suami nak jimat cuti..Bulan Ogos nak kena cuti lagi.Nasib baiklah kampung kami dekat..

SETIA ALAM  to PEKET 100 to SIMPANG LIMA to SENTUL

Tahun ni turn belah zura.Jadinya moh ler kita balik rumah uwo di peket 100.Seronoknya weii.Tak pernah-pernah uwo soh tempah buluh lemang dekat FIL 16 batang.Sekali dapat 20 batang.

zura dah ready nak balik beraya.tunggu incik suami balik koje.halfday..nilah kisahnya beg untuk 2 orang



Malam raya - ni trip pertama bakar lemang.itu olang eksyen je tu..jaganya idok..dok soh take pic dye jer.kuat selfie ni..kalah anak-anak buahnya



us otw to kubur.ada 3 buah kereta lagi dekat belakang



Sehari sebelom raya sehingga pagi raya ke-3,kami di rumah uwo Peket 100.Konon-konon petang raya pertama tu nak pergila tengok acara rakyat di peket 60..kesudahannya memasing beradu sampai pukul 6..hahaha

Raya ke-2 ada baraan.Alhamdulillah setiap tahun dari zura kecil lagi,tak pernah rumah kami tak dikunjungi baraan.Gaya kariah surau senang je.Bila pagi tu berkumpul di surau,tuan rumah atau wakilnya tiada bermakna rumahnya nanti tidak akan masuk baraan. Rumah uwo tahun ni kena pagi dalam pukul 11 macam tu dorang dah samapai. Untung budak-budak,setiap rumah dorang dapat duit raya. Baraan kali ni zura tengok anaknya perempuan pon ikot.Raya ke-2 baraan untuk lelaki dan raya ke-3 untuk perempuan.Tapi kami baraan perempuan tidak ikut.so tak dala baraan


menu baraan tahun ni - bihun sup




Petang raya ke-3,incik suami dah ajak balik rumah dia pulak di Simpang Lima. Tengahari tu zura dah mula lemah-lemah badan.huhu sekali memang demam la.Melepek jer dekat rumah dan nasib baikla tak ramai yang datang beraya. Kerna adik-beradik inlaw dah datang dari raya pertama lagi..Lega eden oii..Tak larat nak sediakan air bagai. Malam tu pon kawan sekolah rendah kitaorang ada buat makan-makan.Memang setiap tahun dia buat cenggitu tapi disebabkan zura dah makan ubat dan ubat batuk yang sungguh mengantuk tu..memang dibuai mimpi ler zura. Kiranya zura tak ikut incik suami beraya 2 buah rumah kawan malam tu.Cian dye beraya sengsorang.

Raya ke-6 kami balik Sentul. Parent zura tepon,bertanya yela kan ingatkan kami terus balik Setia Alam. Kalau ikut perancangan kami pon memangla nak terus balik rumah sendiri.Tapi bila dah ayah bertanya,memang tak sampai hati la kan. Kami berada disana sampai hari ahad (raya ke-10)


Hari Ahad tu kami sekeluarga beraya rumah anjang dengan rumah oncu. Rumah anjang dekat je tingkat 5 satu blok dengan mak. Disebabkan kami kebulur.katanya nak makan tengahari..jadinya memang tak sempat nak berselfie bagaila.Masuk je dalam rumah dan bersalaman terus kami serang meja makan.hahaha prangai anak buah tak senonoh betul. Masa disetiap rumah memang kami terpaksa singkatkan sebabnya memasing ada jemputan open house malam tu.










Alhamdulillah..nampak bergambar macam orang sihat gitu.. Inshaallah kita dapat berjumpa lagi raya tahun depan



























ALHAMDULILLAH.. REZEKI MAK AYAH TAHUN 2019

As Salam and salam Sejahtera korang, Hari ini free sikit tak keluar lunch. Masih kenyang lagi uii makan nasi lemak pagi tadi. Ni bilas ...