Woohaaa... dah lama tak menulis. Hari ni Jumaat, tak keluar ke mana time lunch, hupdate belog la. Zura nak share beberapa tips untuk kita yang dah menjangkau 3 series ni.. Alaaa angka je pon kan..hihihi. Selamat membaca. Bismillah
Sedetik menjangkau umur 30-an, kita sebenarnya disarankan untuk lebih kerap dan teliti dalam menjalankan pemeriksaan kesihatan agar tubuh badan kita boleh dijaga dan diberi perhatian dengan sepenuhnya. Ini kerana setelah menjangkau umur 30-an, tubuh badan akan mula menimbulkan kesan negatif jika tidak dijaga dengan baik melalui pemakanan dan aktiviti yang dilakukan.
Ketahui tentang kesihatan yang anda perlu fokuskan menjangkau umur 30-an.
1) Lakukan pemeriksaan kesihatan
Inilah masanya untuk anda melakukan pemeriksaan kesihatan dengan lebih kerap.Lakukan ujian pap-smear, tekanan darah dan ujian darah untuk mengenal pasti tahap kolestrol dalam darah. Ini kerana dalam melakukan ujian dan pemeriksaan kesihatan dengan lebih kerap dapat menjaga kesihatan anda dengan lebih baik. Apatah lagi jika anda mempunyai penyakit keluarga melalui genetik, ia haruslah lebih diberikan penekanan agar ia boleh dijaga dengan lebih awal.
2) Senaman
Tahukah anda bahawa semakin meningkat umur kita, semakin rendah metabolisme dalam badan kita. Ini bermakna risiko untuk anda menjadi obesiti adalah tinggi sekaligus menaikkan risiko anda untuk mendapat penyakit diabetes, penyakit jantung dan arthritis. Lakukan senaman fizikal dengan lebih kerap sekurang-kurangnya sekali seminggu.
3) Amalkan makan sihat
Apabila metabolisme anda berkurang ini bermakna bahawa anda tidak lagi digalakkan untuk memakan makanan ringan tanpa perlu berkira bila dan sekerap mana kerana ia akan memberi impak kepada badan anda menjadi obesiti. Banyakkan memakan buah-buahan, sayur-sayuran, ikan segar dan sumber protein yang sepatutnya. Kulit anda juga akan lebih cantik dan sihat dengan pengambilan makanan yang sihat.
4) Pakai Premium Beautiful corset
Dengan memakai Premium Beautiful corset dapat membantu kita mengawal nafsu makan serta membantu kita menyorok lemak-lemak dibadan .Dengan pemakaian selama 8 jam sehari secara konsisten, dapat membantu memecahkan lemak-lemak yang ada dan paling disukai oleh kaum wanita: instant shaping serta-merta. Premium Beautiful corset juga anda boleh pakai ketika bersenam.
5) Ambil kalsium
Adakah anda mengambil kalsium yang cukup? Anda tidak akan lihat kebaikan mengambil kalsium sebelum menjangkau umur 30-an. Setelah umur anda menjangkau 30-an, risiko untuk tulang menjadi kurang berdaya tahan apabila sedikit demi sedikit kalsium hilang dari dalam tulang. Ia boleh menaikkan risiko untuk mendapat penyakit osteoporosis. Sebaiknya ambil sekurang-kurangnya 100mg kalsium setiap hari seperti mengambil yogurt, keju dan susu yang diperkaya dengan kalsium dan vitamin D.
6) Jaga kulit anda
Pada tahap umur 30-an,kulit akan lebih menimbulkan kedutan, kesan sinaran matahari, dan garis halus. Ini kerana pembikinan kolagen dalam badan berkurang apabila umur kita kian meningkat. Tetapi ia tidak terlambat untuk menjaga dan memulihkan kulit anda. Elak kesan buruk cahaya matahari dengan menggunakan pelembap dengan SPF 30 atau ke atas. Gunakan pencuci muka 2 kali setiap hari dan pastikan anda mencuci make up anda setiap hari sebelum tidur. Jangan lupa pakai Bio Ever Plus 2 kali sehari untuk menganjalkan kulit muka,nengecilkan lengan serta meruncingkan bentuk muka.
Semoga segala yang dikongsikan ini dapat menjadikan kita seorang wanita yang berdisiplin dalam menjaga kesihatan dan kecantikan diri. Tak salah untuk kita berhias cantik ini. Yang penting ikut kemampuan dompet kita tu.
Jumpa di lain siaran..okies..
p/s: nak free fitting Premium Beautiful corset/nak beli Bio Ever Plus boleh contact zura di nombor ni: 017-3913924
Tiada ulasan:
Catat Ulasan