Rabu, 28 Februari 2018

DUNIA BARU BERSAMA SEQY BEAUTY

As salam dan jumpa ketemu lagi korang. Dah lama gila tak hupdate blog. Macam-macam perlu settlekan sebelum tutupnya tirai 2017 lepas. selamat datang 2018.

Ok berbalik pada topik kita harini, zura nak kongsi dunia baru zura ni.Korang pernah dengar tak www.seqybeauty.com.my Haaa mesti korang pernah dengar and lagi-lagi kalau korang masih aktif follow blogger www.sepet88.blogspot.my .Kejap lagi zura cerita siapa founder Seqy Beauty k. Macam mana zura terjebak dengan produk tempatan ni, almaklumlah.. sejak kebelakangan ni ramai  tuptup ehh ehh jadi ponder monder kosmetik. Jadinya zura ni dok baca tengok jerrr facebook pren tu.Hahaha.

Jom la kita berkenalan dengan Mak Onder Seqy Beauty ni.Siapakah beliau? Acaner la kan dia terjebak dengan ponder monder ni kan. Ready??? Sambung baca k.


Nama beliau zuhana Noh. Lebih pemes dengan panggilan Sepet. Tahun ni (2018) dah masuk 3 series isteri kepada Khairi Fizairi ni. Comel kecik jerr kan. walaupon zura belum pernah jumpa bertentang 4 mata lagi.hihihi. Heii jangan ngengade nak ngorat ibu 3 orang Seqy Junior ni taw. Nanti kena babap kang.

Macam mana ekk zura boleh terjebak dengan si Sepet ni? haaaa.ni kalau bos baca ni jangan marah taw. Masa zaman-zaman panas menggelegak fenomena blogger ni, zura suka tertarik baca blog si Ceera Noh a.k.a kakak nya si Sepet. Bila baca blog Sepet ni,gitu-gitu jer la.kahkahkah. Bukan benci taw.dan bukan tak suka tapi tahlah jodoh kuat dekat si ceera tu. Pastu dalam tahun lepas, asyik lalu jerr iklan Seqy Beauty dari post FB friend ni. zura mulalah baca apa yang dijualnya. Produk sape pulak lah Seqy Beauty ni. skodeng tengok sume laaaa. Sepet rupanya. Kagummmmm

Masa tu zura tengah dalam percubaan guna produk anak melayu jugak yang masih pemes sekarang ni. Jadinya hati tak kuat lagi dengan Seqy ni. Cuma mata tergoda dengan MatteLipCream combo (demand + calm) tu jer. Tu pon lepas beli sebab terpengaruh dengan fenomena trend LipMatte disana sini kan. (kuat betul mudah terpengaruh ni) Pastu pakai bestt jugak lipmatte ni. Tapi masa tu tak skodeng sungguh-sungguh dengan produk Seqy yang lain termasuklah founder nya.kihkihkih.

Sekarang ni dah mula tahu and ambil tahu siapa founder, tulang belakang pemberi semangat and maksud Seqy tu sendiri.Selain Seqy Beauty, Simplyhana Empire pon kepunyaan Sepet.



Inilah suami Sepet. Khairi Fizairi. zura pon belum pernah jumpa lagi. secara kesimpulan ke atas penelitian kerajinan mengugel dan kerajinan berpikir, maka tahulah zura mana wujudnya Seqy tu. Gabungan Sepet+Qery =Seqy. Sedap kan.and unik.Kalau gabungan nama zura dengan asben memang panjang.sah-sah korang tahu itu gabungan.haaa tetibe jeles plak kombinasi nama derang ni.

SEQY


Owh ya,setakat baru setahun jagung zura menggunakan produk Seqy ni, memang puas hati tambah pulak harga yang mampu dimiliki setiap lapisan masyarakat dan ia produk bebas kimia merbahaya walaupon Seqy Beauty ni baru jer 4 tahun di alam kosmetik. Wahh usianya Seqy Beauty ni sebaya anak buah zura  la. Jadinya tengok Irdina tu sekarang dah mula lancar percakapannya begitu jugak dengan Seqy Beauty makin mantap elegant setiap produknya.

Rasanya setakat ni dulu lah zura kongsi kenalkan founder Seqy Beauty. Next entry kita cerita pulak anak sulung Seqy Beauty ni ye. Korang nak mencuba produk Seqy ni jangan lupa roger zura taw. 



credit info dan gambar: sepetnoh.blogspot.com & seqybeauty.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ALHAMDULILLAH.. REZEKI MAK AYAH TAHUN 2019

As Salam and salam Sejahtera korang, Hari ini free sikit tak keluar lunch. Masih kenyang lagi uii makan nasi lemak pagi tadi. Ni bilas ...