Khamis, 8 Ogos 2019

RAPATKAN SAF HERV V3 : TOK BALI RESORT, KELANTAN

As Salam semua,selamat sejahtera

Curi masa sendiri nak hupdate blog ni ha.Program bulan June yang lepas. Adoii dah basi dah uiit. Semua zura dah hupdate dekat facebook dan instagram. Tapi tak banyak. Nak simpan dekat blog,boleh cerita panjang-panjang kan.

Ok,tengok tajuk ni dah volume 3 kan. Mana 2 volume sebelum ni? yang sebelum ni, hanya leader-leader ke atas jer yang pergi. syukur rezeki untuk volume ni mommy open untuk ejen sekali. Jauh kan kelas marketing jugak plus bersoal jawaqb apa-apa masalah produk dengan mommy Hera Helmi. Dalam menyelam tu sambil minum air la kan, launching produk baru.jeng jeng jeng..


Hari pertama (21 June 2019) : Bertolak dari KL.Kami berkumpul di wherehouse Herv, Bangi. Pengiraan awal dalam puluhan tapi last minit ramai nak pergi sendiri, tinggal kami yang 14 orang jer. So cater van pelancong jer la mommy sediakan. Selesa sangat. macam zura, dalam van tu,zura sorang jer ejen.Selebihnya dah level-level stokis ke atas. Semoga aura mereka tu melekat dan zura dapatlah naik level macam mereka bersama tim-tim zura yang sudi sama-sama seikhlas hati nak sebarkan manfaat menjaga basic skincare. Leader zura pergi sendir coz bawak anak-anak kecil.

orang pertama sampai.Dah dia jar dek suami pantual ikut masa. Masa itu amat berharga lagi-lagi bagi orang berbiznes





Kami dah ready nak bertolak. setelah deelay dalam sejam lebih macam tu.Hmmm biasalah kan,driver sabar jer la menanti yang lambat tu.

Berhenti sekejap di Genting Sepah kerna pemandu dan assistant belum bekpes lagi. Pastu teruskan perjalanan. Ada lah dalam 3 kali jer berhenti sekejap di stesen minyak. Ada nak membuang dan isi minyak. Kami memang makan alas perut jer la yang beli dekat stesen minyak. Sebabnya nak makan iakn goreng tepung pemes emes dekat Ganu nun.Haaaa..Bayangkan zura hanya sarapan roti canai jer. Pastu alas perut dengan roti dan air mineral sahaja. Bukan taknak beli yang berat-berat, risau kang perut meragam di highway tu,acaner la kan..


Akhirnya, kami sampai tempat yang dihajati dalam lebih kurang jam 4 petang. Laparrr gila. Memang zass zass ambil sambil makan di tepi pantai.uiiittt syoknyer.


Menu kami yang baru ambil.Haa rambang mata taw tengoknya.Biasalah bila dah lapar kan, semua nampak sedap. Kesimpulannya, ok la rasanya bagi tekak kami. Kerna kuasa viral telah memanopoli kan. Dah kenyang,apa lagi.Selfie bergambo sakan la di pantai. Tenaga dah penuh kan.haaa





Bila dah rasa macam nak maghrib, baru memasing insaf jom ler pergi hotel. Walaupon tak puas hati kan. Haaaa.. Banyak gambar dalam facebook. And masa kami sampai, dah mula ramai pengunjung. Jadinya ada port-port nak bergambar tu tak dapat la.


Sampai Tok Bali kami disambut oleh mommy. Allahu, hilang rasa penat perjalanan jauh. Pertama kali jumpa mommy ni. Seyes tak tipu, skin mommy memang cantik walaupon ada sedikit-sedikit nampak jeragat tu. YE, kita bole tahu orang tu pakai mekap or tak. Bila kita dah mula mahir skincare.

Lepas peluk cium molot dengan mommy, kami pon terus pergi ke bilik. Penat kan. Nak rehat. Eso penuh seharian aktiviti.



Hari kedua (22 Jun 2019) : Hari ini penuh kelas.Ada 3 slot bersama En.Khairul, En Aiman dan mommy. Tapi slot En Aiman tak ada. Last minit En Aiman tak dapat nak join.

Banyak ilmu berkaitan dari diri kita sendiri di kupas. Memang best sangat. Berbeza dengan kelas biznes yang pernah zura join sebelum ni. Alhamdulillah, zura bersyukur dapat kaut ilmu dari pelbagai bidang, pelbagai mentor. Samada hanya fokus pada marketing semata, ilmu keperibadian dan sahsiah cara Rasulullah (s.a.w) berniaga gaya islam.

selfie itu wajib ye sebelum pergi sarapan dan masuk kelas.



bersama leader Sri kembangan. Wajib ambil gambar depan bilik sebab asyik lupa jer kami nombor bilik.hahaha
\

ni pon roommate zura, Yana dari Perak, staff monster..tak ingat.haaa






ready nak kaut ilmu

bersama leader (yang tengah) dan ejen Pantai Timur,Ciksu.Kami 1 team





Seharian menimba ilmu, malamnya pulak ada launching produk baru. Berdebor-debor kami. Pihak HQ hanya merancang, yang menentukannya adalah Yang Maha Esa. Lepas kelas kami habis jam 6 petang, hujan turun dengan lebatnya.

Kami dapat whatsapp di group, program malam ditunda sehingga hujan berhenti lah. Akhirnya hujan tidak berhenti sehingga jam 9 malam. Tak adalah makan-makan launching di tepi kolam. Persiapan dari pihak resort dah prepare petang tu. Zura lalu masa nak balik bilik,memang cantik. Tak ada rezeki. Akhirnya hanya makan-makan jer di restoran dalam resort.


Habis makan bersama famili (mana yang bawak dan ejen stokis area pantai timur) leader-leader berkumpul dilobi, coz mommy nak umumkan produk baru tu. Zura pon terselit jugak 😊Rezeki jugak la namanya. Bonde(panggilan leader tu.Namanya lupan.haaahha) ajak teman,takot balik bilik sengsorang. Jadi zura dapat taw awal jugak lah. Rezeki zura jugak dapat free on the go size.sukaaa.


Hari ketiga / hari terakhir (22 Jun 2019) : Kami check out awal pagi, lepas sarapan. Mestilah nak menyinggah kan. Nak beli ole-ole utuk yang ditinggalkan dirumah. Sementara menunggu driver sampai, apalagi selfie itu bergambar itu wajib kannnnn..........



aksi ini nak join contest hq yer.haaa

dapat bergambar dengan mentor, En Khairul. jumpa di lobi




Inilah dia yang dah launching. Brightering Oil Cleanser bersaiz On The Go. Sesuai lah untuk kita bawak travel ataupon untuk yang baru nak mencuba. But but but hanya limited edition jer korang. Owhya, ni bukan design sebenar ye.

ni botol sebenar. Sama design cuma lebih metalic.Herv kan hef hef

Jadi, cuma mampu mendoakan semoga mommy dilimpahi rezeki. Sepanjang dari hari pertama kami bertolak sehingga hari terakhir kami berada di Tok Bali, semua ditanggung oleh pihak Hq (mommy). Kami hanya bawak duit shopping jer. Itu pon kalau sempat la kan. Utuk leader ke atas mereka diberi 1 bilik personally bagi yang menyusu anak dan bawak anak-anak. Ya mommy is family first. Masa slot mommy dal kelas pon dok dukung anak.haaa comel jer.

Itu lah serba sedikit kisah kami di Tok Bali. Bila niat kesana nak bercuti, pasti balik bawak nikmat berjimba-jimba la. Andai pergi dengan niat nak ambil ilmu dan apa-apa berkaitan biznes nak ditiruvasi, ilmu lah yang dibawa pulang.

Jumpa korang lagi di lain kisah. Owh ye, tak salah nak mekap.yang salah tu dari kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ALHAMDULILLAH.. REZEKI MAK AYAH TAHUN 2019

As Salam and salam Sejahtera korang, Hari ini free sikit tak keluar lunch. Masih kenyang lagi uii makan nasi lemak pagi tadi. Ni bilas ...