Isnin, 23 November 2015

CUTI SEKOLAH DAH BERMULA...









Wahh... seronoknya budak-budak.. Sekolah dah mula bercuti hari ini.. Cuti hujung tahun dan tahun depan bermulanya pembelajaran baru,peningkatan usia. Cepatnya masa berjalan. Walaupon zura belom mengalami keadaan anak bersekolah,tapi aura dari kengkawan tu terasa taw.

Bila cuti sekolah cenggini,mulalah ibu bapa pening nak bawak anak-anak bercuti ke mana kan..Dan dah semestinya pejabat pon jadi lengang.hihihi...apa kata, kita bawak anak-anak kita melalui zaman cuti sekolah macam zaman kita dulu. Yang pastinya memang mereka akan rasa pelik dan boring sebab zaman mereka zaman gadget. So kita bole kreatif ajar dan ajak mereka melaluinya..Kita pon kena la join sekali. Bukan ke dengan cara ini bole membantu mencergaskan minda anak-anak,mengeluarkan peluh dan yang paling penting, dapat lagi mengeratkan hubungan kekeluargaan antara mak ayah bersama anak..adik-beradik.. Ye la kan,sebelum ni..kita as parent asyik sibuk kerja dan kurang memberi perhatian pada anak-anak. 

Dekat sini ada beberapa contoh permainan yang bole kita bermain bersama mereka selain asyik bawak mereka bercuti je kan.. Cuti sekolah kan lebih kurang 60 hari..





 Agak-agak permainan ni akan sesuai bila dah mula masuk sekolah ataupon bila sepupu sepapat berkumpul di kampung. Dapat pulak rumah atok nenek rumah kampung tinggi banyak tiang..Best tu.




 Yang ni pon best jugak..Lompat getah.kalau tak berbirat lengan ataupon tak jatuh terluka..memang tak syok la kan..hihihi



 Yang ni satu famili boleh main. zura panggil "nama,negeri". Bila tanya pakcik google, namanya "main huruf".



 Main titik-titik ni selalunya main bila cikgu tak masuk kelas kan? Tapi boleh jugak kita main dengan anak-anak. Lupakan seketika TV tu..




 Tututp botol,zura panggil. Yang ni sampai sekarang taw zura still main dengan adik-adik,takpon dengan incik suami ataupon dengan cousin. Tapi bila raya je la..hahaha.. sebab senang dapat tutup botol free banyak-banyak kn.. Yang paling tak menahan tu,siap lukid gambar ataupon tulis nama dekat bahagian dalam tu(warna putih).alasannya cuma 2 jer..takot hilang tutup botol tu..so dah ada nama kan.yang kedua tu sebab tutup botol tu banyak "ong".hahaha



Part ni paling best.Main nyorok-nyorok. Kalau main dalam rumah,berhati-hatilah ye mak pak sekalian..Almari baju pasti jadi pilihan utama.disebalik baju-baju tu kan..Pastu terjatuh semua kain ke..buat tak tau..hahaha pengalaman sendiri.



Masa zaman kita kecik-kecik dulu, mainan ni dah paling canggih paling up to date dah. Tapi nak ajak anak-anak kita pon mesti susah nak cari gadget ni. cuma kita bole tunjuk gambar dekat album pakcik google je la ye..




Ni namanya Cyberpet ataupon Tamagochi. Alaaa yang binatang belaan digital tu. Masa tu siapa yang ada ni memang digelar penyayang la.Sebabnya kena jaga dia ni taw. Bagi makan,bersihkan dia la..Kalau tak jaga dia mati. So zura memang tak minat yang ni, sebab selalu lupan..asyik mata jer pet ni.




Game block kalau tak silap namanya. Ni zura pernah ada dan ada 2 ke 3 kali beli baru dekat pasar malam sebab rosak, main dek adik-adik. Best game ni siap ada muzik lagi kalau nak guna. Memang game ni selalu bawak balik kampung. Pastu berebut-rebut dengan adik-adik nak main. Hahaha





Yang ni zura pernah nampak tapi tak taw namanya. Macam-macam game ni..Ia dalam air.





Yang ni macam kamera la..Tapi nampak gambar-gambar negara yang kita lawati. Rasanya kalau dulu beli dengdang ke Tora pon ada dapat free kamera lebih kurang cenggini tapi kecik la.Ada gambar binatang.



Kadang-kadang, bila kita cuba adakan suasana keseronokan untuk anak-anak, orang sekeliling pulak yang macam pandang kita old fesyen la..kuno la. Lebih baik cenggini kan dari berhabis duit dok menghadap game dekat handphone tu. Skali beli handphone paling cikai pon beratus RM. Di situ anak-anak tak mesra each other. Percayalah..sebabnya zura dah nampak kesannya pada anak-anak disekeliling zura. Zura tak layak bercakap,bernasihat kerna masih belum ada anak tapi tak salahkan zura mengutarakan pandangan dan idea.


Selamat bercuti pada anak-anak sekalian dan kepada ibu bapa bole create and plan apa-apa aktivit indoor or outdoor untuk anak-anak. Samada perlukan bajet yang sikit ataupon mewah. Yang penting anak-anak seronok masa cuti ni dan masa mereka terisi.Takda la membazir masa dan bosan kan..







sumber gambar: uncle google


Isnin, 9 November 2015

RESEPI AYAM/DAGING PERAP

Salam siaran.. Hari ini zura share resepi ayam/daging perap. Ramai yang dok pm and whatsapp tanya resepi. Sebenarnya resepi ni dari adik zura, si ibu Irdina.. Terkezut taw maklong ni bila ibu pandai masak..hahaha.. Kenapa ayam/daging? Kalau ikot resepi ibu Irdina tu guna ayam tapi bila zura buat pakai daging (balance raya qurban haritu). Kalau korang..ikot tekak la ye.. Tapi bagi zura and incik suami suka daging dari ayam..sebab lagi juicy and kekadang macam makan sate plak..


Tip paling wajib ikot.. korang buatla banyak-banyak sebab makin lama korang simpan dalam fridge tu makin sedap taw bila makan. Mestilah kan sedap..ramuan tu makin sebati dalam daging tu..


Jom... kita mulakan memasak..yiiihaaaa


1) Mula-mula sekali wajib purifier dulu bahan-bahan mentah supaya bahan-bahan yang tak penting dalam ayam/daging semua tu keluar.



Dah semestinya zura gunakan produk terbaik dari SHOM. Biozone food Purifier. Apa kegunaannya? Next post zura share okies.




Nampak tak tu yang buih-buih tu..Baunya memang busuk taw. Itulah lemak-lemak yang dapat disingkirkan oleh Biozone.Bila kita dah purifier bahan makanan.. rasanya lagi sedap lepas masak. Seriusss..

2) Bahan-bahannya



  • 1/2 ekor ayam (** kalau daging agak-agak je la ye )
  • 3 - 5 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar mayonis
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara-caranya

  1. potong ayam ikot saiz yang korang suka
  2. bawang putih, lada hitam, jintan manis, jintan putih & garam ditumbuk sampai lumat (zura campurkan semua bahan ni and blander je.walaupon zura pakai serbuk lada hitam )
  3. Dah siap blender, lumurkan bahan tadi bersama mayonis & sos tiram.
  4. Perap ayam dalam 30 minit hingga 1 jam. (** zura perap semalaman simpan dalam fridge)
  5. Bakar dalam pan ajaib tu pon bole jugak. ** Kalau pakai pan ajaib tu.tutup je..pastu agak-agak dalam 5-10 minit tengok and terbalik-balikkan.
  6. Api sederhana je ye.Sebelum panggang,zura gris dengan butter..fuhh wangii baunya. Sekarang terus jadi lapar.hahaha








Daging panggang yang dah siap. Tengok gambar ni jadi makin terliur pulak.hahaha





Ni daging perap buat untuk rumah sentul. Dan sekarang ni setiap minggu zura buat ayam perap ni untuk mak. Mak masih berpantang lepas operation..So makan ni berselera sikitla kan. Panggang jer. Yang paling penting buang kulit.





Itu lah resepi yang zura kongsi. Selamat mencuba and zura yakin pasti menu ni akan jadi makanan wajib yang perlu ada dalam fridge korang. Kalau betol,komen la cikit..hihihi

ALHAMDULILLAH.. REZEKI MAK AYAH TAHUN 2019

As Salam and salam Sejahtera korang, Hari ini free sikit tak keluar lunch. Masih kenyang lagi uii makan nasi lemak pagi tadi. Ni bilas ...