Jumaat, 21 Julai 2017

SAMBUTAN AIDILFITRI SEKSYEN BANGUNAN KEDIAMAN & REKREASI 2017 (SEBELUM KEJADIAN)

Salam 27 Syawal semua. Di penghujung Syawal ni pasti penuh jemputan rumah terbuka kan. alhamdulillah kita diberi peluang untuk berkongsi rezeki walaupon keadaan ekonomi cenggini. Minggu ni tinggal 2 jemputan je. Inshaallah akan hadir.

So now zura kongsi majlis jamuan raya Office pada 13 Julai 2017 bersamaan 19 Syawal 1438H.
Kali ni rasa seronok la sikit deko-deko kami.Coz idea-idea dari pelbagai sumber. Rasa macam last raya sambut bersama pulak.Hahhahaa. Jom kita layan semasa persiapan dulu ya. Banyak sebenarnya gambar-gambarnya tapi kita share sikit je la. Kang korang boring pulak.hahaha. Full picture bole pergi ke Facebook Azura Naser






Segala apa yang ada dirumah diangkut..hihihi








Cantik kan deko kami.Hahahaha puji sendiri. Tapi kan memang lagi wow dari last year punya deko taw. Ye la, bermula tahun lepas 2016, kami buat jamuan raya waktu siang. Tahun sebelum-sebelumya kami buat malam,so famili anak isteri kita boleh bawak sekali.

Segala yang ada pada deko tu guna barang tahun lepas, kertas-kertas dalam opis, ada yang mengangkut dari rumah. Buah kelapa and bumbung tu dah sah-sah zura suruh my bos Aris ambil dekat rumahnya.hahaaha ai is staf yang kejam. Kami nak nampak macam real kan. Bumbung daun kelapa, lemang tu memang real dari buluh lemang lepas bako tu, anyam ketupat bagai. Cuma gambar meriam coklat tu dari batang paip ja. Suruh budak kontraktor cat. Kerusi tu memang sorang staf punya dia simpan dalam stor. Nampak tak kreatif kan kitaorang. Dah namanya pejabat maintenance kan.

Ok nanti zura up lagi gambar semasa majlis ya. Banyak sangat gambar-gambar nak dijadikan kenangan. Dekat FB pon ada,nak share dengan korang kat sini sikit je la ye.Kang korang muntah hijo plak tengok banyak naw.


Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin ya dari zura untuk semua rakan alam maya.. Tunggu next entry kisah raya kami :)

Jumaat, 7 Julai 2017

AIDILFITRI 2017

Salam 13 Syawal 1438 khas untuk semua umat islam yang meraikannya and Happy Holiday kepada yang beragama lain. Macam mana raya korang tahun ni? Ofcoz la masih meriah kan walaupon dah 13 Syawal.. Mood Open House pulak kan.

For Zura and family,alhamdulillah seperti tahun-tahun sebelum ni. persiapan semuanya sederhana tapi memang meriah. Kerna pe? Sebabnya tahun ni giliran belah Zura pulak :)

Cuma Zura ada rasa terkulan sikitlah dengan diri sendiri tak dapat siapkan kuih raya.Hahahaha.. Ye... tahun ni zura rasa nak buat sendiri.alaaa biskut-biskut yang simpel je pon. Lagipon tahun ni zura tak niaga CarBooth Sale dekat Tesco Seksyen 13 tu. Kami sibuk dengan urusan lain tambahan pulak zura demam on off hampir 2 minggu pastu incik suami pulak take over.Huhuhu. Jadinya, bahan-bahan nak buat tu ada,kesihatan pulak tak mengizinkan. Yang sempat siap sebelum balik kampung hanya popia cheese dengan popia nestum je.Terkilan sangat taw. Tapi takpe la. Setiap apa yang terjadi pasti Yang Maha Esa tada sebab bagi kat kita kan.

So gambo selfie selpot pon nan hado..zura nak share jugak la walaupon sekeping je ada.hahaahha



Bila giliran beraya belah uwo, kami semua gegadis wajib pergi Sumgai Besar lepas aktiviti pagi raya. Hahahaha. Sebenarnya tak perlu nak pergi ramai pon,ye la nak belinya pon bahan-bahan untuk baraan je. tapi yang ngikotnya selagi kereta tak padat selagi tu tak kan bergerak. Kekdahnya memasing malas nak drive. hahaha.. Love uolls. Semoga ikatan pertalian adik beradik sepupu sepapat berkekalan hingga jannah.


video call from Kak Ji (adik zura no.4) a.k.a mmy Na. First time kena kerja dipagi raya. Sendiri call sendiri menangis. adoii apalah mmy ni, hati rapuh betol.  Kami 4 beradik dah biasa masa bujang kerja di Hari Raya. Cuma belum dipecahkan rekod si Ucu Na lah..



Ini je yang ada sekeping pulak tu gambar berdua dengan  incik suami untuk tema tahun ni: Emerald Green pilihan beliau.

Selamat Hari Raya buat semua Maaf Zahir Batin dari Zura dan suami.

ALHAMDULILLAH.. REZEKI MAK AYAH TAHUN 2019

As Salam and salam Sejahtera korang, Hari ini free sikit tak keluar lunch. Masih kenyang lagi uii makan nasi lemak pagi tadi. Ni bilas ...