Rabu, 27 Mac 2019

APA ITU EXFOLIATION ??

Hi semua, baru berkesempatan nak sambung kongsi dengan korang pasal produk Herv Natural ni. Kali ni zura sambung cerita pasal exfoliator pulak.

Apa itu exfoliation?
Exfoliation bermaksud pengelupasan. Exfoliation ialah proses menanggalkan sel kulit mati dari lapisan luar kulit.

Kenapa perlu exfoliation?
Secara semulajadinya, apabila sel kulit baru tumbuh di dasar kulit, sel kulit mati pada permukaan kulit akan tanggal dengan sendirinya.

Semakin usia kita meningkat, proses pertumbuhan semula sel kulit baru dan penanggalan sel kulit mati juga menjadi semakin perlahan. Ini mengakibatkan sel kulit mati mula berkumpul dengan banyak dipermukaan kulit lalu menyebabkan kulit kelihatan kusam, kasar dan kering.

Tambahan pulak, pengumpulan sel-sel kulit mati ini juga boleh mengakibatkan pengumpulan lebihan minyak dan liang-liang kulit juga mudah tersumbat. Keadaan begini dengan mudahnya menyebabkan cela dan jerawat muncul.

Exfoliation dengan produk dan cara yang betul dapat menaggalkan sel-sel kulit mati yang dan memberi laluan kepada sel-sel yang lebih muda dan segar menyerlah pada permukaan kulit.

Apabila sel-sel kulit yang lebih sihat dan segar tidak dihalang oleh sel-sel kulit mati, nutrien pada produk kulit yang digunakan boleh menembusi kulit dengan lebih dalam dan kesan baiknya pada kesihatan sel-sel kulit akan meningkat.

Pakar-pakar kulit menyarankan penggunaan exfoliator sekerap 2 kali seminggu. Penggunaan setiap hari adalah tidak digalakkan dan boleh mengakibatkan kerosakan pada kulit.

Semasa menggunakan exfoliator, pastikan urutan atau gosokan dilakukan perlahan-lahan. Elakkan menenyeh dan menggosok exfoliator pada permukaan dengan kasar dan dengan pergerakan yang cepat.

Bila nak guna exfo?
Turutannya ditangga ketiga selepas oil clenaser diikuti facial foam. Ingat ya, guna 2x seminggu jer..

Dalam produk Herv Natural ada exfoliator yang bersifat lembut serta bau buah peach. Ia memang tidak menyakitkan dan memedihkan kulit kita ketika meggunakannya.






Exfoliator Herv boleh tenyeh dekat tiak yang gelap tu


Gambar diatas ni disebelah kiri tekstur exfoliator Herv dan gambar sebelah kanan sel-sel kulit mati yang lepas kita exfo. Bayangkan kalau kita dah bertahun tak perlah scrub kulit muka kita. Macam mana la kan rupanya yang disental tu.


Cari zura jika korang tak tahan nak sental kulit muka tu ye 😉 017-3913924



Rujukan : 1) Kamus Kulit Siri 1 Puan Mary
                 2) Skincare Info Card Puan Mary

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ALHAMDULILLAH.. REZEKI MAK AYAH TAHUN 2019

As Salam and salam Sejahtera korang, Hari ini free sikit tak keluar lunch. Masih kenyang lagi uii makan nasi lemak pagi tadi. Ni bilas ...