Isnin, 26 Mac 2018

JELAJAH CAMERON HIGHLANDS 2018

Bertemu bersiaran kita di minggu penghujung March ni. Haa harini tak berapa sibuk jadinya boleh ler Zura menghupdate belog sayang bersawang ni. Kihkihkih

Pada awal bulan haritu, 2 March 2018 hingga 4 March 2018 cuti hujung minggu la ke tempat sejuk tu. Ini pon kira last minute plan ler. Biasalah bila adik-beradik bekerja satu opis, ikut suka hati la kan nak cuti bila jam berapa masuk opis. walaupon masuk opis lambat, kami tetap kira 8 jam taw. Kesahnya Khamis 1hb malam tu, adik no.3 a.k.a we called her mama whatsapp ajak lepak Cameron esok malam. Bincang punya bincang cari hotel booking deal settle Jumaat malam la kami gerak. Mulalah kami nak mengajak si kecik Irdina tu. Bila pikir-pikir balik, kemungkinan ahad tengah malam baru kami sampai Shah Alam. Si kecik Irdina tu skol, takkan nak ponteng kan. Jadinya memasing keringkan hati la tak bawak si kecik tu.

Di pagi Jumaat zura ngan mama ni excited tak sabar nak putar masa. Ye la penat minda penat badan settlekan tender minggu tu banyak la pula. Non stop. Tengah kami meronda-ronda lunch time, si ibu Irdina bagitau nak datang lepak opis sabtu. Kami weekend memang tak masuk opis. akhirnya tambah ahli join ke Cameron. Ibu,Irdina dan mak a.k.a Awo Irdina. Mencari lagi hotel dan rezeki dapat apartment. Lagi bagus kan. Jadinya kami halfday la jugak. Tunggu ibu dan askar sampai ke kitaorang. Dalam jam 6 petang kami mulakan perjalanan 1 kereta 1 hilux.

Malam hujan lebat sepanjang perjalanan sampailah ke RnR Tapah. Berhenti sekejap isi perut,buang isi perut dan solat.


Tepi toilet pon boleh bergambar kan.



Hari Pertama(kira hari pertama la) - Kami sampai Cameron dalam lebih kurang 11.30 malam macam tu. Ya ampun sejuk yakmat. Zura ni last pergi Cameron masa darjah 5 dulu, tahun 1994. Lama betul kan 14 tahun lepas. haahaa. Si mama ni pon cakap la, selalu check in hotel lain. Tapi kami ramai baik ambil apartment. atas bukit pulak tu.Maunya tak sejuk gilaa. Lupa pulak nama apartment tu. Ada 3 bilik 2 bilik air. Dapur TV semua lengkap termasuk parking. Cuma jauh sikit nak ke Tanah Rata. But its ok jer kan.


Hari Kedua - bangun pagi memang terketar-ketar sejuknya. Nak mandi walaupon ada heater memang macam tak membantu kan. si kecik Irdina apa lagi.Dok cakap jukkk..jukk..jukk. Awo pon dok cakap sebelum ni mak ikut mama ni tak ada lah sejuk gini, Memang mak tak bawa baju sejuk apatah lagi stokin. Zura bagilah pinjam stokin dekat mak. Kesian mak nanti sakit lagi susah. Pagi kami sarapan tempat wajib bila sampai Cameron kan. Mestilah ladang teh.


Nampak tak Irdina tu moncong. Buat perangai ler tu. Dia sejuk tapi taknak pakai sweater. Hmm.Disebabkan cuaca sejuk,zura tak da pon rasa lapar sangat. Dahaga jer. Cuma sarapan teh o suam dengan sosej roll tak silap. Pastu kami turun sekejap ke ladang teh, bergambo kenangan.





Cuti hujung minggu pon ramai orang. Tak berapa banyak kami bergambar. Banyak yang boom jer.huhuhu. Ini jer la zura share kenangan di ladang teh. Yang lain dah print out simpan dalam album. Haa dah ramai kan tak simpan gambar dalam album.


Lepas sarapan, si adik ipar a.k.a Isyam ajak bergambar dekat 1 love Cameron tu. Cantik jugak landskap nya. Walaupon tepi jalan jer.Kami nak bergambar pun umpama ambil nombor. Adoii..




Pakyong ngan papa jadi cameraman kami. Hahaha mereka is redhoooo. Tak kesahlah la kan pakai henpon sekalipon. Ada jugak gambar mereka tapi zura malas la nak tepek muka derang ni banyak-banyak. Derang tak penting.kahkahkah


Settle bergambar persis duta Cameron Highlands, kami teruskan perjalanan pergi Ladang Lavender. Owh i love it.






Dekat Cameron Lavender ni, kitaorang lepak makan kejap dekat cafenya tu. Sedap strawberi shake, coklat strawberi panas dan paling sedih nak try test makan pie lavender tak silap namanya. Dah sold out di awal pagi. Ohoii kami sampai dalam jam 12. uhukkk next time kita cuba lagi ye. Zura beli perfume lavender.Wangi jugak.biasalah incik suami tergoda jugak nak perfume tu. Beli jer tapi zura sayang nak pakai.Incik suami pakai macam mandi.Adoii Lain kali nak shopping dekat Cameron Lavender Shop tu. Rambang mata masuk dalam kedainya oiii.

Next, kami teruskan ke ATV Cameron Adventurous 4x4 safari. Part ni memang menguji jiwa jantung hakak taw. Harga tiket ni zura tak ingat. hahaha maaf la ye. Tiket masuk Cameron Lavender pon tak ingat. Parah tol kan zura ni.


Satu track tu untuk 8 orang. Jadinya zura ni duduklah yang tepi pintu nya tu. Ya Allah,korang taw lah kan jalannya dah la kecik.Ngam-ngam saiz tayar jer.Pastu naik bukit pulak tu turun bukit menjunam. Memang berzikir selawat zura dibuatnya. Pegang tiang tepi tu sekuat hati taw. Zura siap cakap dekat dorang, sanggup naik roller coaster dekat Genting tu berulang-ulang dari duduk sini ha. serius zura memang takut. Pastu sampai pit stop untuk bergambar dan menikmati pemandangan.


Cantik kan pemandangan dari sini. Tenang sangat.Aishh best pulak tetibe rasa kalau tinggal di Cameron.ahakk. Ni port bergamabar dan kenderaan apa tah namanya tu sebelah kanan. Zura tak bergambar disitu. Cuma adik-adik jer bergambar.



Ambil gambar laki bini ni dari Facebook mama.Kahkahkah. Gambar ibu ada dalam henpon ni.Malas nak transfer pulak.


Inilah truck yang menakutkan zura tu.haa. Ibu panas jer matanya nengok kami bergambar. Sebab dia tak dapat turun, Si Irdina tidur.Ye la sejuk kan matanya asyik nak tidur jer. Awo mak pon taknak turun.Lagipun faktor kesihatan.Kesian nanti awo mak turun naik truck tu agak susah.


Bila nak turun dari ladang teh, zura tukar tempat. Tak sanggup wei duduk tepi. zura duduk sebelah abam sado kita ni ha.sambil memeluk erat dia.Masih takut fobia jugak. Perjalanan naik campur turn dari ladang tu sebenarnya dalam 30 minit jer kalau tak silap. Tapi zura dah naik duduk tepi pintu tu rasa macam sejam naik lereng tu.haaaaa.terukk tol penakutnya. Turun jer sampai bawah terus daku cari toilet. kahkahkah nak terkucil jadinya.

Dalam jam 4 petang macam tu, memasing penat dan lapar sebenarnya. Jadinya kami balik apartment mandi-mandi,solat bersiap nak pasar malam dekat Brinchang. apa yang kami cari dekat pasar malam? sudah semestinya bagi zura adalah t-shirt tempat tu sendiri. Jadikan kenangan yang zura dah jelajah tempat tu.



Ok masa kami sampai pasar malam Brinchang ni, hujan masih renyai-renyai. Walaupon cuaca tak begitu baik, tetap ramai di pasar malam tu. Zura pakai sweater shirt taw tetap sejuk. Ku rembat sweater laki ku.hahaha. tak pe katanya dye kulit buaya. Motif zura bergambar disitu? Memang cantik perkampungan dekat belakang tu taw. Real memang cantik dengan sejuk kabus bagai.Cantik sangattt. Bila kami bercakap-cakap pon keluar asap taw. guithuu teruja memasing macam pergi obersi.haaa



Mereka pon nak jugekk. Kemain kan kaki derang tu tak berstoking.Bajet kebal la tu. Si Irdina tu memang dok asyik jukk jukk jer. Pada hakikatnya dalam plastik ibu tu derang borong stokin.hahaha


T-shirt idaman tiada yang berkenan dihati. Kebanyakannya nipis boleh la buat harian. Zura mencari lengan panjang, tak ada design gambar yang simple memukau mataku. Jadinya kita cari ole-ole jer la untuk dibawa poulang dan untuk kesayangan yang ditinggalkan.haaa

buah paling zura nak sangat beli. First time nampak 4 tahun lepas masa pergi Padang Besar. Nak beli tapi jual sebiji gitu terus. Takut tak sedap.haa tak ada jual yang dah siap potong. Bila sampai dekat Cameron Lavender siang tadi, teruja taw nampak dah jual siap potong-potong. Sekali incik suami halang kata nanti kita beli dekat pasar malam. Lagi murah, boleh makan dekat aprtment nanti. Jadinya bila nampak memang ku borong. Memang murah. Makan pon puas hati taw


Jambu epal. Yang merah ker yang hijau ker dua-dua sedap. zura makan gitu jer. Penjual tu bagi serbuk asam. Kurang sedap bagi zura la cicah dengan serbuk asam tu.

Awo mak macam biasa la.Memborong sayur-sayuran gitu. zura nak memborong tapi tu la. Bilanya nak makan. Balik kerja pon jarang makan malam. Jadinya mak bagi sepohon salad.Rangup siap ada akar taw. Haa tak kesahlah korang baca ni pikir zura ni jakun ke pape la. But for your infomation, zura pencinta alam taw. Suka temat-tempat gini,laut dan sayur-sayuran tu.suka tengok kebunnya la,disusun juallah.Pada hakikatnya tak makan sayur.haaaa


Ini buah tempatan sana. Namanya Epal Cameron/Cameron Apple. Kami beli sebungkus ada 6 biji RM10. Bahagi-bahagi kan untuk 3 rumah. Dapat 2 biji seorang. Rezeki kami tak berapa baik, dapat yang muda sikit. bila zura makan rasanya macam makan timur,kundur pon ada. Bila balik Sentul minggu selepasnya, makan yang dekat sana tu,sedap pulak.Yang mak dapat tu dah masak,sedap la jugak.


Ini buah tangan namanya. Bahasa omputehnya Finger Citrus. Buah ni zura tengok dekat kedai cenderahati sebelah Ladang Teh kitaorang sarapan tu. Nak beli rasa tapi mahalll.huuu



Akhirnya, dapat zura beli merasa Sambal Strawberi. Bukan dekat Shah alam tak ada agen,biasalah feel nya kan lain macam sikit bila beli dimana ia dilahirkan.haaa kemain kan. Harganya RM15.90 rasanya. Harga ada dibotol. zura dapat test la yang original dan extra hot. Zura ni tak tahan pedas, ambil oroginal walaupon masih lagi rasa pedasnya ada. Extra Hot , untuk ibu. Rasanya sedap pedas lemak masin. Ada ikan masin kan dalamnya. Dah habis shopping kami terus pergi makan malam.

Cameron jam 9 malam pon sunyi je kan. Agak mati kutu la jugak buat incik suami. Kami berdua pon berjalan-jalan la sampai ke Tanah Rata. Derang dekat rumah tu dah capek katanya, mau rehat.haa. Kami berdua pusing-pusing cari karaoke sekali seram pulak lalu Golf resort tu.Sunyi jer. ending balik jer la.

Hari Ketiga - Hari terakhir di tempat sejuk. Ikut perancangan pagi ni kami pergi pasar tani. Si Papa tak bangun la pulak. Jadinya kami yang lapar kebulur, rezeki balance nasi dengan lauk makan dekat kedai tu berlebih banyak, panaskan. Kami makan dengan Sambal Strawberi sekali. Kebulur weii sejuk-sejuk ni. Dalam jam 11 lebih kami mula bergerak makan tengahari terus dekat Tanah Rata dan menikmati jalan jem untuk pulang. uhukuhuk.

Kadang-kadang, percutian dengan famili ni tak perlu dirancang. Tak perlu pon pergi jauh. cukup untuk kami rehat dan berjalan-jalan bersama. Inshaallah ada masa hujung tahun ke tahun depan, kita ke tempat lain pulak.


Alhamdulillah,sehingga hari ini minggu terakhir di bulan March, Kaktus ni masih hidup dengan jayanya. Dah beranak-pinak. Ni ibu bagi masa dia beli dekat ladang lavender tu. Minta tips dari penjual, macam mana nak jaga kaktus ni. Sebelum ni,asyik mati jer. rupa-rupanya seminggu sekali jer spray zura oiii.haaa. Lepas ni nak pindahkan ke pasu besar sikit.

ALHAMDULILLAH.. REZEKI MAK AYAH TAHUN 2019

As Salam and salam Sejahtera korang, Hari ini free sikit tak keluar lunch. Masih kenyang lagi uii makan nasi lemak pagi tadi. Ni bilas ...