Hai Selamat Pagi.. Hari ni mesti ramai dah sampai ke kampung kan? Rabu ni kan Raya Haji. Hari ni baru zura free nak marathon hupdate blog ni ha. Semua gambar banyak pulak belum simpan sini jadi kenangan. Ok kita mulakan dengan Aktiviti Seqy pada bulan April tempoh hari. Haaa empat bulan perap yer zura. Ish ish bizi bebenor sungguh yerr. 😅😛😜😜
Maklumat Aktiviti
Tarikh : 14 April 2018
Masa : 1000 pagi hingga 1500 petang
Tempat : District 21, IOI Mall Putrajaya
Aturcara
1000 am : Meet at ticketing counter & distribute goodies / t-shirt
1100 am : Let's fighting !
1330 pm : Enjoy your lunch
1430 pm : Gift & closing ceremony
Setelah empat tahun zura tak aktif aktiviti lasak, tahun 2018, inilah aktiviti yang pertama zura join. Memula tu pikir-pikir jugak boleh ker aku ni. Tak susahkan derang ke nanti kan. Tak nak menyusahkan mereka. Sentiasa ingat nasihat incik suami, jangan lupa diri. Ingat kaki tu.
muka excied di pagi hari. Dihantar oleh incik suami yang baik hati
dah sampai luar ioi.
First time sampai sini taw. Maklumlah zura ni tak pernah sampai IOI Putrajaya ni. Agak jakun dan meracau mencari mana District 21 ni haa.hahaha. Dan pertama kali jugak, zura bertemu empat mata dengan Stokis Agent Seqy. Dalam laman muka buku kekadang muka dengan dengan real ni tak sama. Itu masalah zura nak mengenali orang. Macam biasa ai is alone terus jer register nama dan ambil door gift dan tukar t-shirt.
Siap tukar t-shirt, tunggu yang lain dan bos. Macam biasa lah zura suka tengok gelagat orang. zura ambil masa nak mesra dengan pertama kali jumpa ni. Sebab tu la tak kesah pon bila ramai kata zura sombong. Dah memang dari kecil lagi dapat status tu 😊
Bila program nak mula, macam biasa ada brief dari pengurus situ.
![]() |
kusyuk kan kami. masih patuh seperti zaman sekolah dulu. |
![]() |
akhirnya jumpa jugak geng dari Team Ros. Kami berdua jer la wakil Team Ros yang join. Ros nya datang.Mak Buyong tak boleh join |
Bila kami dah boleh masuk dalam kawasan theme tu, ya allah zura terus rasa,boleh ker aku buat semua ni. Nama dah ada dalam group. Kesian dekat kumpulan nanti. Tak kan nak duduk tepi kan. Jadi kita dengar brief lagi dari incharge yang handle program kami. Dan syukur, mereka ada yang bertanya if ada yang kesihatan or pernah kecederaan serius jumpa dia. Dan dan dan zura hanya boleh join a fews game jer. Ok la kan. Dapat jugak join.
![]() |
gelang wajib pakai |
Ok jom kita layan gambar-gambar kami yang aktif kalah dari anak-anak. dan sudah semestinya semua lupa status mak-mak memasing ni. Maafkan zura ya, zura lupa nama setiap game yang kami main tu. Haaa ni la akibatnya perap lama sangat kenangan dalam pc. Siapa tah nak tengok kan.
zura dalam kumpulan 5. Paling best dapat satu kumpulan dengan Ceera Noh. hihihi nak wefie berdua segan. Jadilah ada gambar dalam kumpulan kan. Zura dulu silent reader blog Ceera jer. Dan kami pon dapat jumlah keseluruhan markah tempat kelima. 😄
![]() |
Bos dan Staf HQ bersama incharge District 21 |
Alhamdulillah, zura rasa seronok bila dalam agen Seqy Beauty ni. bukan sahaja kita berniaga jual produk Seqy Beauty, tapi kita dah macam dalam satu keluarga membantu each other dalam sale dan ada aktiviti bagi mengeratkan hubungan antara satu sama lain dalam Seqy Beauty. Dan bulan September ni ada lagi aktiviti under Seqy ya. Tunggu taw.
Kesimpulan dari aktiviti di District 21 ni, adalah bekerjasama. Dalam apa pon yang kita lakukan samada dalam berniaga atau dalam kehidupan seharian. Kerjasama itu penting. Bantu membantu jugak.
Okies. Jumpa next coretan ya. 😘