Jumaat, 21 Julai 2017

SAMBUTAN AIDILFITRI SEKSYEN BANGUNAN KEDIAMAN & REKREASI 2017 (SEBELUM KEJADIAN)

Salam 27 Syawal semua. Di penghujung Syawal ni pasti penuh jemputan rumah terbuka kan. alhamdulillah kita diberi peluang untuk berkongsi rezeki walaupon keadaan ekonomi cenggini. Minggu ni tinggal 2 jemputan je. Inshaallah akan hadir.

So now zura kongsi majlis jamuan raya Office pada 13 Julai 2017 bersamaan 19 Syawal 1438H.
Kali ni rasa seronok la sikit deko-deko kami.Coz idea-idea dari pelbagai sumber. Rasa macam last raya sambut bersama pulak.Hahhahaa. Jom kita layan semasa persiapan dulu ya. Banyak sebenarnya gambar-gambarnya tapi kita share sikit je la. Kang korang boring pulak.hahaha. Full picture bole pergi ke Facebook Azura Naser






Segala apa yang ada dirumah diangkut..hihihi








Cantik kan deko kami.Hahahaha puji sendiri. Tapi kan memang lagi wow dari last year punya deko taw. Ye la, bermula tahun lepas 2016, kami buat jamuan raya waktu siang. Tahun sebelum-sebelumya kami buat malam,so famili anak isteri kita boleh bawak sekali.

Segala yang ada pada deko tu guna barang tahun lepas, kertas-kertas dalam opis, ada yang mengangkut dari rumah. Buah kelapa and bumbung tu dah sah-sah zura suruh my bos Aris ambil dekat rumahnya.hahaaha ai is staf yang kejam. Kami nak nampak macam real kan. Bumbung daun kelapa, lemang tu memang real dari buluh lemang lepas bako tu, anyam ketupat bagai. Cuma gambar meriam coklat tu dari batang paip ja. Suruh budak kontraktor cat. Kerusi tu memang sorang staf punya dia simpan dalam stor. Nampak tak kreatif kan kitaorang. Dah namanya pejabat maintenance kan.

Ok nanti zura up lagi gambar semasa majlis ya. Banyak sangat gambar-gambar nak dijadikan kenangan. Dekat FB pon ada,nak share dengan korang kat sini sikit je la ye.Kang korang muntah hijo plak tengok banyak naw.


Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin ya dari zura untuk semua rakan alam maya.. Tunggu next entry kisah raya kami :)

Jumaat, 7 Julai 2017

AIDILFITRI 2017

Salam 13 Syawal 1438 khas untuk semua umat islam yang meraikannya and Happy Holiday kepada yang beragama lain. Macam mana raya korang tahun ni? Ofcoz la masih meriah kan walaupon dah 13 Syawal.. Mood Open House pulak kan.

For Zura and family,alhamdulillah seperti tahun-tahun sebelum ni. persiapan semuanya sederhana tapi memang meriah. Kerna pe? Sebabnya tahun ni giliran belah Zura pulak :)

Cuma Zura ada rasa terkulan sikitlah dengan diri sendiri tak dapat siapkan kuih raya.Hahahaha.. Ye... tahun ni zura rasa nak buat sendiri.alaaa biskut-biskut yang simpel je pon. Lagipon tahun ni zura tak niaga CarBooth Sale dekat Tesco Seksyen 13 tu. Kami sibuk dengan urusan lain tambahan pulak zura demam on off hampir 2 minggu pastu incik suami pulak take over.Huhuhu. Jadinya, bahan-bahan nak buat tu ada,kesihatan pulak tak mengizinkan. Yang sempat siap sebelum balik kampung hanya popia cheese dengan popia nestum je.Terkilan sangat taw. Tapi takpe la. Setiap apa yang terjadi pasti Yang Maha Esa tada sebab bagi kat kita kan.

So gambo selfie selpot pon nan hado..zura nak share jugak la walaupon sekeping je ada.hahaahha



Bila giliran beraya belah uwo, kami semua gegadis wajib pergi Sumgai Besar lepas aktiviti pagi raya. Hahahaha. Sebenarnya tak perlu nak pergi ramai pon,ye la nak belinya pon bahan-bahan untuk baraan je. tapi yang ngikotnya selagi kereta tak padat selagi tu tak kan bergerak. Kekdahnya memasing malas nak drive. hahaha.. Love uolls. Semoga ikatan pertalian adik beradik sepupu sepapat berkekalan hingga jannah.


video call from Kak Ji (adik zura no.4) a.k.a mmy Na. First time kena kerja dipagi raya. Sendiri call sendiri menangis. adoii apalah mmy ni, hati rapuh betol.  Kami 4 beradik dah biasa masa bujang kerja di Hari Raya. Cuma belum dipecahkan rekod si Ucu Na lah..



Ini je yang ada sekeping pulak tu gambar berdua dengan  incik suami untuk tema tahun ni: Emerald Green pilihan beliau.

Selamat Hari Raya buat semua Maaf Zahir Batin dari Zura dan suami.

Isnin, 29 Mei 2017

RAMADHAN 2017 DATANG LAGI

Hii korang.. bersyukur kita diberi peluang sihat tubuh badan dipanjangkan usia menjalani ibadah puasa pada tahun ni.

Sekejap je kan, harini dah 3 Ramadhan. Dari semalam zura nampak ramai dah mula buat persiapan awal raya :) Terutamanya baju-baju raya la tu. Bab kuih-kuih raya tu lagi lah, sebelum Ramadhan ramai dah post iklan, share resepi. Dikesempatan ini,zura dan keluarga nak mengucapkan selamat berpuasa buat korang dan cuma satu je pesanan zura. JANGAN MEMBAZIR ya.





Zura share tip untuk kita cukup minum air 8 gelas sehari walaupon dalam berpuasa. Kalau boleh elakkan minum berais ya. Ye zura paham dengan cuaca sekarang ni panas dan kering tapi nak ke kita berpuasa atau beraya dihospital? Biarlah kita elak dari kita menepah tiket ke hospital. :)


Top 5 topik terhangat di Facebook ketika Ramadhan ni. Perasan tak? :)


Kesilapan kerap yang berlaku dalam Ramadhan


Denggar taw waktu berbuka atau imsak di Suria FM. Tahun ni tahun ke 2 taw Min Kaffe menaja

 Disini zura share 5 tip kita bertenaga sepanjang Ramadhan. Zura amalkan taw sebahgiannya dari tahun lepas. Alhamdulillah tiada gastrik cuba nak check in.

 Selamat berpuasa semua

Rabu, 17 Mei 2017

SHIHA X JEFFER MAKEUP CLASS

Hii semua.. Tenggelam timbul tol la zura ni kan nak kongsi cerita. Ehh ada ke yang baca? Hahahaha.. Tak pe la,korang baca point-point penting je la ye untuk tambah ilmu korang.eceheceh..bajet blogger pemes plak. Ok jom next program yang zura joint. Seperti biasa la, makeup class.


Tarikh: 25 March 2017
Masa: 0900 pagi hingga 1500 petang
Lokasi: PTAR 1, UiTM Shah Alam
Look: Everyday look / Glam Look
Peserta: 30 orang and add 10 orang
Sponsor: Lebih 40 brands

Ni kelas kedua zura join and semestinya kelas pertama with Sha and Yana. Kenapa zura nak pergi kelas makeup? Sebabnya senang jer "MINAT". Nak timba ilmu kens lsh cari ramai chegqu. Lain orang, lain tekniknya.Ok jom kita layan gambar-gambar plak.



Gift bag yang kami dapat setiap seorang. Dengan yusan yang murah, giftnya ya ampun..banyak and harganya lebih dari yuran. Bayangkan peserta 30 orang je and last minit, tambah lagi 10 orang nak join.



ni kudap-kudap yang kami dapat. Sponsor jugak taw.

Join kelas ni untuk mereka yang tak tahu basic makeup and nak mahirkan skill. Majoriti yang datang kelas ni, dah berkali-kali hadir makeup class tempat lain and ada yang dah jadikan business. Sebelum kami hands on, kami akan tengok demo dari 2 orang MUA . Siapa modelnya? Haa semestinya penyanyi Ana Raffali and doktor HKL-part time model.






Sesi pertama by Sha: Tu la modelnya. Kecil molek seyes cantik and plus lagi cantik bila dah make over. Sha ajar teknik, tips and trick dalam makeup. Ni Glam Look. Makin teruja and tak sabar semuanya nak tunjuk skill memasing.




Sesi kedua by Yana: Everyday/Simple Look memang menjadi perminttan Ana Raffali plus Yana MUA pilihan hati Ana .

Selesai demo makeup kita break untuk lunch. Lunch disediakan and makin best ada jugak sponsor dari peserta. Sedapnya triffle tu. Masih teringat hokey. Selepas makan semua solat bagai, masa untuk tunjuk kan skill memasing. Memasing tak sabar. Dengan bawa diri je datang kelas, semua barang,brush disediakan.



Masa ni kami dah mula semangat nak cantik kan diri sendiri.




 Sampai bersila dekat bawah, betapa semngat derang ni nak hasil yang woww.. Hey hadiah utama Cermin yang top tu taw.







 cermin pujaan semua orang taw termasuk MUA. Hahahaha.. Adik ni baru form 5,rezeki dia dapat. Lagipon memang persis model lepas dia makeup.


Dengan zaman sekarang yang banyak tumbuhnya produk-produk tempatan dan kami pon dapatlah merasa cuba masa hands on dan ada dapat sample gift. But bukan gift yang dikejar zura tapi ilmu. Gift tu rezeki namanya kan. Alhamdulillah rezeki kami dapat gift yang best-best.



Ni semua kami guna masa hands on dalam kelas. Jadinya if ok dengan kulit kita, next time boleh lah kita beli untuk koleksi sendiri kan. Tak la membazir. Dari beli tapi ending tetiba ada yang tak sesuai dengan kita. Semua tu best and zura dah beli FAME Lips matte tu untuk koleksi sendiri. Blusher tu pon best jugak sebabnya dia sekali dengan highlight. Jimat kan :)





 Yang ni pulak setiap sorang dapat dalam giftbag. Eyebrow Rhomlon tu memang senang and lembut je. Zura siap beli lagi taw dekat boothnya diruang legar.haaaa. 3 pcs sample Rose Tiara (RT) foundation yang tengah top tu. Kan dapat merasa pakai.. Bandana tu pon kami dapat selai setiap sorang. And zura siap order bandana and inner dari Ina si tokey bandana tu. Seyes memang best,lembut je pakai. Pakai masa holiday haritu. Nanti kita share cerita holiday ya. VIBE Lipmatte voucher tu belom guna lagi.haaaa expired bulan ni. Dapat discount tu uolls. I is gila lipstick hokey. Minyak apa tah namanya, lupa pulak namanya pon dapat sample and zura sapu dekat bibir sebelum tidur, alhamdulillah kulit kering sebab alergic lipsmatte tiruan dah makin pulih.huhuhu terima kasih bantu zura. Bulu mata pelesu tu pon free..Bila pakai tak rasa canggung pon.. Lembut taw bulus tu.





Swafoto with tokey lens si Cik Rara. Lens dye pon best,lembut. Zura dah ada 4 pairs lense dari Rara ni. Masa kelas ni dah pakai sebelum makeup, tapi macam biasa la.. mata zura jenis kering and tak tahan lama pakai lense waktu siang. Jadi terpaksalah buka. Malam pakai hokey je.huhuu.



Wajibla swafoto dengan cheqgu kan. Rugi ler kalau tak der posing dengan derang.



Swafoto dengan penyanyi Ana Raffali. ana yang cantik kulitnya, humble and kita ni pon tak der la rasa kekok kan bila borak + ajak bergambo dengan beliau. Very nice artist i meet






Hasil dari skill zura sendiri makeup. Macam patung pon ada jugak. Zura memang minat makeup dari bujang, bila join kelas ni untuk mantapkan skill. Tak der la bila buat service kat orang,harga non hado je derang mintak kan.



 Sijil penyertaan zura yang kedua. Jadi lepas ni zura makin berani lah, charge client bila minta kita makeupkan. Kerna kita dah belajar teknik yang betul taw. Tapi korang jangan risau, zura bagi harga yang korang mampu dengan bajet korang. Boleh contact zura ya untuk booking makeup : 017-391 3924.

Seroiusly, memang best kelas derang ni, dengan artis jemputan as a model. Dengan ada booth-booth jualan.. ehh memang gila meroyan la bagi sesapa kaki makeup ni. hihihi.. Korang wajib pergi kelas dorang ni next time hokey. Samada belajar makeup tu untuk sendiri or korang nak jadikan side income.

Isnin, 27 Mac 2017

BERMULANYA PERJALANAN SEBAGAI MUA

As Salam and Haii...

Dah suku tahun pertama 2017, baru zura nak menulis. Hahahaha..sadis betol kan. Kekangan masa pon iya, idea masih tak ada pon betul jugak. apa-apa pon perjalanan hidup harus diteruskan.

Untuk tahun ni, zura buka kisah untuk tahun 2017 ni dengan hobi and akhirnya tercapai jugak nak mahirkan dan belajar teknik-teknik Makeup. Ya,zura memang suka makeup dari zaman bujang lagi. Suka tengok benda yang cantik, Pernah jugak 2 kali makeup isteri-isteri cousin masa depa berkahwin.

Pernah makcik-makcik and orang sekeliling suruh zura mantapkan lagi skill makeup ni, tapi masa tu mak tak izinkan.and sekarang alhamdulillah, incik suami izinkan sebab dia taw minat isterinya.

Untuk pertama kalinya zura join kelas Makeup Farah ni budak Kedah. dok selalu tengok live dye di FB Page School of  Makeup by Siti NurFarahain. Suka dengar loghat uthara dia and memang jenis sempoi punya budak :)

Tarikh: 11 Februari 2017
Masa:  9 pagi hingga 2 petang
Lokasi: Dewan Seminar Seksyen 9, Shah Alam
Look: 1) Belajar teknik lukis kening
           2) Natural Look
           3) Dolly Look

selepas transform make up..


Group photo. lepas habis kelas

wajib la swafoto dengan fara kan


Selepas kita hadirkan diri kelas makeup, kita akan dapat sijil penyertaan





Produk meletop Fara ni adalah Spray Pelaris dengan Set Kening 2 Menet. Dua-dua produk ni memang best zura pakai. Next zura cite ye apa fungsi and kebaikan setiap produk. boleh dapatkan dengan zura jugak.

Kenapa zura suka belajar makeup dengan Fara..tujuan utamanya adalah cara dye lukis kening tu nampak very natural. Itu yang incik suami suka. Ye la,sebelum join kelas Fara ni, zura ada tunjuk Fb Fara pada incik suami and tujuan join kelas beliau. Alhamdulillah ,incik suami sokong and bersetuju dengan apa yang zura suka pada cara makeup Fara. Bila dah belajar teknik makeup and lukis kening, sudah semestinya tiada lagi "kening chin chan ataupon kening lintah kenyang" :P

Itu je la zura kongsi pengalaman pertama zura join kelas makeup. Tiada istilah lewat atau dah berusia. Bila ada minat, semua tu bukan penghalang.

UNtuk booking Makeup bole contact zura ya +6017.3913924













ALHAMDULILLAH.. REZEKI MAK AYAH TAHUN 2019

As Salam and salam Sejahtera korang, Hari ini free sikit tak keluar lunch. Masih kenyang lagi uii makan nasi lemak pagi tadi. Ni bilas ...