Tarikh: 25 March 2017
Masa: 0900 pagi hingga 1500 petang
Lokasi: PTAR 1, UiTM Shah Alam
Look: Everyday look / Glam Look
Peserta: 30 orang and add 10 orang
Sponsor: Lebih 40 brands
Ni kelas kedua zura join and semestinya kelas pertama with Sha and Yana. Kenapa zura nak pergi kelas makeup? Sebabnya senang jer "MINAT". Nak timba ilmu kens lsh cari ramai chegqu. Lain orang, lain tekniknya.Ok jom kita layan gambar-gambar plak.
Gift bag yang kami dapat setiap seorang. Dengan yusan yang murah, giftnya ya ampun..banyak and harganya lebih dari yuran. Bayangkan peserta 30 orang je and last minit, tambah lagi 10 orang nak join.
ni kudap-kudap yang kami dapat. Sponsor jugak taw.
Join kelas ni untuk mereka yang tak tahu basic makeup and nak mahirkan skill. Majoriti yang datang kelas ni, dah berkali-kali hadir makeup class tempat lain and ada yang dah jadikan business. Sebelum kami hands on, kami akan tengok demo dari 2 orang MUA . Siapa modelnya? Haa semestinya penyanyi Ana Raffali and doktor HKL-part time model.
Sesi pertama by Sha: Tu la modelnya. Kecil molek seyes cantik and plus lagi cantik bila dah make over. Sha ajar teknik, tips and trick dalam makeup. Ni Glam Look. Makin teruja and tak sabar semuanya nak tunjuk skill memasing.
Sesi kedua by Yana: Everyday/Simple Look memang menjadi perminttan Ana Raffali plus Yana MUA pilihan hati Ana .
Selesai demo makeup kita break untuk lunch. Lunch disediakan and makin best ada jugak sponsor dari peserta. Sedapnya triffle tu. Masih teringat hokey. Selepas makan semua solat bagai, masa untuk tunjuk kan skill memasing. Memasing tak sabar. Dengan bawa diri je datang kelas, semua barang,brush disediakan.
Masa ni kami dah mula semangat nak cantik kan diri sendiri.
Sampai bersila dekat bawah, betapa semngat derang ni nak hasil yang woww.. Hey hadiah utama Cermin yang top tu taw.
cermin pujaan semua orang taw termasuk MUA. Hahahaha.. Adik ni baru form 5,rezeki dia dapat. Lagipon memang persis model lepas dia makeup.
Dengan zaman sekarang yang banyak tumbuhnya produk-produk tempatan dan kami pon dapatlah merasa cuba masa hands on dan ada dapat sample gift. But bukan gift yang dikejar zura tapi ilmu. Gift tu rezeki namanya kan. Alhamdulillah rezeki kami dapat gift yang best-best.
Ni semua kami guna masa hands on dalam kelas. Jadinya if ok dengan kulit kita, next time boleh lah kita beli untuk koleksi sendiri kan. Tak la membazir. Dari beli tapi ending tetiba ada yang tak sesuai dengan kita. Semua tu best and zura dah beli FAME Lips matte tu untuk koleksi sendiri. Blusher tu pon best jugak sebabnya dia sekali dengan highlight. Jimat kan :)
Swafoto with tokey lens si Cik Rara. Lens dye pon best,lembut. Zura dah ada 4 pairs lense dari Rara ni. Masa kelas ni dah pakai sebelum makeup, tapi macam biasa la.. mata zura jenis kering and tak tahan lama pakai lense waktu siang. Jadi terpaksalah buka. Malam pakai hokey je.huhuu.
Wajibla swafoto dengan cheqgu kan. Rugi ler kalau tak der posing dengan derang.
Swafoto dengan penyanyi Ana Raffali. ana yang cantik kulitnya, humble and kita ni pon tak der la rasa kekok kan bila borak + ajak bergambo dengan beliau. Very nice artist i meet
Hasil dari skill zura sendiri makeup. Macam patung pon ada jugak. Zura memang minat makeup dari bujang, bila join kelas ni untuk mantapkan skill. Tak der la bila buat service kat orang,harga non hado je derang mintak kan.
Sijil penyertaan zura yang kedua. Jadi lepas ni zura makin berani lah, charge client bila minta kita makeupkan. Kerna kita dah belajar teknik yang betul taw. Tapi korang jangan risau, zura bagi harga yang korang mampu dengan bajet korang. Boleh contact zura ya untuk booking makeup : 017-391 3924.
Seroiusly, memang best kelas derang ni, dengan artis jemputan as a model. Dengan ada booth-booth jualan.. ehh memang gila meroyan la bagi sesapa kaki makeup ni. hihihi.. Korang wajib pergi kelas dorang ni next time hokey. Samada belajar makeup tu untuk sendiri or korang nak jadikan side income.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan