Khamis, 25 Oktober 2018

OUR FIRST RUN

Holaaa uolls...

Uitt dah sebulan bersawang belong ni ye. Bizi bebeno la ko ni zura. Acah-acah bizi kalah Tun M.😝 Ok la hari ni zura cuba hupdate marathon ya. ada ke nak baca ni? 

Ok sejak setahun dua kebelakangan ni kan, ala-ala viral pemes la kan bab run-run ni. alaa larian 5km ke 10km tu. Sebenarnya bagus kan biar kita sihat dan fit. Ok disebabkan, terjebak dan nak sangat try test run tu, zura, incik suami dan adik (anga) beserta anaknya pon join run. Niat zura sebenarnya nak cuba boleh ker dah berlari si kaki besi ni. Tapi tujuan utama nak medal jer.hahahaha. Jadinya, terjebaklah kami di hari kejadian tersebut.

Tarikh     : 11 Ogos 2018
Lokasi    : Sekolah Kebangsaan Subang Bestari, Subang
Larian     : 5 KM

Dengan semangat waja tanpa ada jogging bagai, terus jer serah diri dihari kejadian. Hahaha.Ni bukan amatur nak run ni, ni memang bajet-bajet gediks run jer.hahaha. Jom la layan gambar-gambar kenangan kami ni. Nanti dah tua boleh la tunjuk dekat anak cucu. Nenek ada medal run taw 😘



Muka kami yang bersemangat tunggu 5KM. Nampak tak muka lebih kepada nak bergambo jer dari fokus larian.





Nampak tak budak kecik kasut pink tu. Gaya pelari dah ada tu taw. Nampak paling awal sampai finish tu nanti.yeehaaa Irdina boleh.


Ketika kami masih seiring sejalan selari dengan incik suami.gituuu


Kami dah berpisah. Princess Irdina nak kong coz nat lari.haahaa.Sado ibu




Daku kesorangan. Kiranya dalam posisi ditengah-tengah. Uitt nampak gemok ketika ni. Baju 2 lapis hokey.



Isteri yang baik, memaksa incik suami terus lari.Pastikan dapat medal.kahkahakah. Sebabnya isteri nak medal jerr.


Penuh bergaya incik suami ku sampai ke finish. Horeyyy dia telah dapatkan medal untuk bininya yang masih lenggang mak limah dibelakang sana.hahahaha


Akhirnya, dapat selesaikan 5Km. Semput tak payah cakap la. Muka gelak dalam kuciwa macam sendiri dah tak dapat medal. ehh rupanya ada rezeki lah. Nampak sendiri pengakhiran. Rupanya masih ramai berderet dibelakang.




Gaya itu penting ye kengkawan. Kakak kat sebelah tu pon kagum tengok kita bergaya macam pertama sampai.Jangan jeles yer. Tunjukkan kepuasan sendiri. Yang penting sendiri pon dapat medal.haaa gituuuu


Suami isteri berjaya mulakan hidup sihat. Ekceli incik suami aktif bersukan pingpong. bininya pemalas nak bersenam.










Alhamdulillah, tak ada rezeki dalam cabutan bertuah. Haaa tapi rezeki kutip kenangan lari bersama famili yang kelapangan jer. Jadilah kan. Ni pon salah satu cara kami guna masa bersama. Inshaallah tahun depan ada rezeki, kita join lari yang lain pulak. Dah janji dengan incik suami setahun sekali jer boleh join. Faktor kesihatan kaki ni. Terima kasih incik suami benarkan isterimu ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ALHAMDULILLAH.. REZEKI MAK AYAH TAHUN 2019

As Salam and salam Sejahtera korang, Hari ini free sikit tak keluar lunch. Masih kenyang lagi uii makan nasi lemak pagi tadi. Ni bilas ...