Jumaat, 26 Oktober 2018

FAIZZURA JELAJAH LANGKAWI 2018 (TAKE 1)

Di hari jumaat yang indah panas cuaca helok ni, zura marathon hupdate aktiviti dari bulan September ya. Untuk tatapan masa akan datang dan kongsi sedikit kebahagiaan dengan kalian. Ehh ada ker yang sudi baca ni? Terima kasih ya sudi baca blog yang sendu mendu ni.


TARIKH : 10 SEPTEMBER 2018 - 13 SEPTEMBER 2018
LOKASI : LANGKAWI, KEDAH
TUJUAN : PRE ANNIVERSARY
KOS PERBELANJAAN : 100% DI SPONSOR INCIK SUAMI 😍

Ini semua memang bukan dalam perancangan zura. Kan 11hb tu cuti Awal Muharam, jadi seperti sebelum-sebelum ni, zura akan bertanya incik suami berapa hari nak ambil cuti, nak balik kampung ker? Selalunya kalau cuti yang boleh dipanjangkan, memang kami balik kampung. Kenapa zura bertanya, uiiit kang katanya tak ada balik kampung, tup tup dekat hari kejadian, jom balik kampung. HAA rasa-rasa emosi otak semua terganggu kan. Sebab kita ada ada plan lain. Tak kira lah walaupun duduk rumah jer. Boleh kemas hias rumah ke kan.Macam tu la contoh paling kritikal.hahaha.

Rabu minggu nak pergi tu kan, baru lah incik suami cakap ambil cuti sekian date. Haa kita pon tanya bla bla bla. Dan sepantas lipas menyiapkan kerja-kerja yang nak dihantar. Kesian nanti adik kibut sengsorang. Pahtu cakapla teringin nak naik ETS. Hmmmm sendu kecewa. Tiket full sampai Isnin depan. Tak apalah, macam biasa naik bas ekpress jer la. Nak naik kapal terbang agak mahal. Baik duit tu nanti shopping.hahaha lagipon kami berdua jer. 


AHAD : 09 SEPTEMBER 2018

Kami naik bas dari TBS, Cheras.Tiket jam 11 malam turun di Kuala Perlis. Tengkiu adik dengan asbennya tolong belikan tiket.



gaya seorang pelancong. Haa bawak ludggage kami taw. Kan empat hari disana. Ada masa ke nak basuh kain baju? Lagipon memang kami kalau bercuti takda maknanya nak basuh kain baju. Walaupon kami backpacker.


Acara wajib setiap kali naik bas dari TBS, bergambar ler dekat depature/arrival boad tu. Kan ala-ala dekat airport. Haaa kami ni sekali sekala jer naik bas. Kapal terbang pon sama. Jadi tetap jadi jakun walaupon tempat yang sama. (Aku ler tu).




Sentiasa bergambar je la memalam gini. Apa lagi nak buat. Selagi tukang hantar tu a.k.a adik dengan asbennya tak balik.Kahkahkah. 


Masok jer dalam bas, terus incik suami tidur. Cehh banyak dia tidur dari terjaga. Kita je ni ha yang kejap-kejap terjaga sejuk. Padan muka sape suruh tak bawak sweater. eksen konon baju kita pakai tu dah cukup untuk balancekan suhu. Adoiiiiii. 


ISNIN : 10 SEPTEMBER 2018


Muka kakak yang teruja tengok sendiri depan mata bentuk dan naik feri. Haaa gelak la korang. Memang seyes tak tipu. Zura tak sampai lagi Langkawi taw. Famili zura dorang dah berkali-kali sampai boring pergi sana. and bila dalam group whatsapp konon bertanya nak kirim pe kat Langkawi. Angkuh sungguh kalian ya.Derang cakap boring. Cittt eksen sungguh. Dalam hati zura cakap, bagus jimat duit haku.hahahaha.



Nampak muka teruja dapat naik feri. Nak bergambo depan feri, tapi ramai orang. Pendamkan lah niat tu. Muka tetap maintain cantik tu walaupun tak mandi.hahaha. Bak kata adik-adik, wajib ker bersolek. Gerak malam buta kan.apa yang nak tengok. Ada aku kesah. Penampilan tu penting hokey










Kami sampai dekat rumah ni dalam jam 2 petang kalau tak silap. Fuhh penat sangat rasanya. Naik bas kan. Untung dapat rumah tingkat atas ni.Cantik view Pantai Hitam dekat belakang ni. Memang dah pasang niat nak turun jenjalan tengok pasir-pasir yang hitam itu. 

Memandangkan kami sampai pun dah petang, Segala aktiviti kita mula esok. Malam tu kami pergi makan tempat hiphtur jer. Haa yang viral tu. Nama kedai tu tak ingat la pulak. Adehhh. tayang menu yang kami makan jer la ye.


Namanya Speggetti aglio olio kot.Haaa lambat lagi nak hupdate. Lupa dah namanya. Rasanya,hmm boleh la. tapi dimelayukan sikit. So tekak tak berapa terima. Sebabkan ini je menu yang boleh tergolong dalam menu sihat, telan jer la. Dah la service lambat. Tak ramai pun orang. Kekadang tak boleh percaya la pergi tempat-tempat viral ni.


Incik Suami nak makan dekat sini sebab si dia ni la. Tempat makan wajib bila sampai Langkawi. Haaaa nan hado dek tekak dia. Tekak aku, lagi la.Memang tak terima la. Jamah sikit jer nak rasa.Kang kata tak ikut peredaran makanan yang sedap. Walau hakikatnya tu kalori dah berapa wei.. Pitam nak bakar balik taw. Nasib la selera makan aku ni dah tak terliur dengan yang berlemak mengences ni. 

Ok dah kenyang, nak jalan-jalan pon Langkawi ni macam tak berapa meriah waktu malam. Jalan la kejap Ke Chenang. Ada rezeki parking nanti, kita lepak kejap. Rezeki parking memang tak hado. Balik rumah tidooooooo.haaaa esok full aktiviti kita oiii.


SELASA : 11 SEPTEMBER 2018

Hari ni pagi-pagi dah kami bangun nak ke tiga pulau tu. Tiket package tu kami dah beli malam semalam dekat AB Motel tu dekat Chenang. Detail kan zura bagi, Sebab ada yang pm fb tanya berapa package tu. Jadi korang gugel jer la ye. Malas pulak nak tengok kt fb tu. Lagipun dah kata awal-awal tadi kan, fully sponsor by incik suami. Memang zura tak kuar duit sesen pon. Dah memang incik suami cakap tak payah kuarkan duit. U bawak duit untuk shopping jer.Haaaa kan sedap kan didiengar. Memamng duit shopping je la zura bawak.



Ini orang memang tiap kali bercuti, tiap kali tu la beli selipar, Lepas bawak balik Shah Alam tak sampai dua bulan, selipar itu tak dapat dikesan. Misteri sangat cerita dia ni taw.


Sabar menunggu  bot sampai. Pagi tu hujan.huhuuhu. Kami pergi musim hujan. Tapi biasalah dekat Langkawi, hujannya lebat sekejap jer. @ ke 3 jam jerrrr.


Yiihaa dah masuk bot.Nasib baik  duduk menghala ke laut. Tak da teruk sangat mabuk.haaa. Belakang tu geng-geng dari China. Sebelah zura ni ada orang Sarawak. Rancak incik suami borak and dia siap bagi tip kalau nak ke Brunei.Woohaaa tengkiu brader, wa memang teringin nak ke Brunei tu..


Pulau Dayang Bunting 




Ramai yang kata, pergi Langkawi mesti mandi dekat Pulau Dayang Bunting. Inshaallah manalah tahu kan rezeki dipermudahkan oleh-Nya. Kita pon mandilah dengan niat yang betul Tapi tak minum airnya ye. Jangan jadi gila pulak, nak diminum airnya tu. Dah macam-macam campuran perasa perisa dari pelbagai jenis warna kulit dar warganegara. Tasik tu tempat mandi bukan seluruh kawasan. Hanya dalam sangkar jer korang boleh mandi.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ALHAMDULILLAH.. REZEKI MAK AYAH TAHUN 2019

As Salam and salam Sejahtera korang, Hari ini free sikit tak keluar lunch. Masih kenyang lagi uii makan nasi lemak pagi tadi. Ni bilas ...