Selasa, 30 Oktober 2018

SEQY TEAM BUILDING 2018 ANCASA PD ( Take 1)

Yuuhuuuu... di pagi Jumaat yang mulia sambil macam free sangat zura hari ni. Zura hupdate belog la ye. Untuk tatapan sendiri akan datang dan bagi idea untuk korang buat Team Building atau Family Day akan datang.

Okies, bulan September yang lepas agak macam sibuknya lahai ko ni zura, bulan yang memang hujung minggu jer tak ada dekat rumah. Macam post yang lepas, zura baru balik dari Langkawi. Kira macam rehat seminggu walaupon tak macam rehat pun, pastu ada program dengan Team Seqy. Lokasi asala dekat Eagle Ranch Port Dickson. Kira dah hampir dekat tarikh kejadian, tukar atas sebab-sebab tertentu.

LOKASI : ANCASA HOTEL, PORT DICKSON
TARIKH : 29 SEPTEMBER 2018
MASA : 8.30 PAGI SEHINGGA 6 PETANG

Bila kita dah lock date awal, program pon bermula awal pagi. Jadinya incik suami kata kita gerak tengahari. Dia ambil halfday la. Risau jalan jem. Biasalah weekend ramai menghala ke PD, Melaka ni. Nak gerak pagi-pagi Sabtu tu, memang tak mungkin berlaku. Kami ni spesis lewat sikit bangun awal. Lagi penat rasanya nanti.

Dalam lebih kurang jam 4 petang kami dah sampai PD, Uiii dah berapa tahun zura tak jejak kaki kat sini. Macam biasa jadi teruja. entah apa eruja pon tak taw. Yang penting rumah penginapan kami dekat laut.gituuuu





Aktiviti Jumaat ni tak ada pon. Cuma rehat dan pergi makan tempat viral. Haaa ok jugak ayam bakarnya ni. Kami sampai dalam jam 5.30 petang. Masih tak ramai pelanggan lagi. Ye la orang baru nbalik opis. Yang dari jauh, waktu begini baru nak gerak dari rumah ataupon baru sampai hotel.


Haa tu namanya. Cowboy Place. Konsepnya macam layan diri. Tapi order dekat kaunter cashier pastu ambil makanan dekat area dapur. Letak dalam dulang tu. Nasi kita ayam tu dalam plastik plate la. Air kami ambil air tembikai jug kecik.



Sambal kicap nya tu sedap. awal makan tak rasa pedas pun. Makin lama baru pedasnya datang. Kahkahkah zura baik punya banjir simabh ke ayam tu kan. bukan setakat air tu je tak cukup. Ais batu tu pon zura gigit nak hilangkan pedas. Deco situ pon menarik jugak. Dah namanya Cowboy kan. Mesti berkaitan. Kedainya memang tepi jalan. Korang memang akan perasan punya. gugel la ye nama kedai tu.



Lepas makan, tak tahu dah nak buat apa. Tak kan nak mandi laut pulak kan. Boring dah plus hitam balik langkawi pon tak hilang lagi ni. Jadinya kaki merayau-rayau tanpa hala tuju. Owh ya, incik suami kata nak potong rambut. Jadinya kami cari lah salon.

Makanya kami jumpa salon D'Art Salon tak silap namanya. Tu pon incik suami gugel. Antara salon yang disarankan. Sekali masuk, uiiiiitttt memang ramai lelaki. Rasa janggal pulak and zura malas nak masuk. Cakap kat incik suami nak jalan-jalan kedai depan tu je. Sekali incik suami ajak masuk tengok list price buat rambut. 

Pastu tanya zura kos buat rambut sama tak dengan salon dekat Shah Alam. zura cakap lebih kurang, sini murah sikit and ada free treatment. Terus cakap kat tokey tu buat rambut zura. Aikkk apa cita.apa cita?? Mana cerita sebenar dia nak potong rambut tu? Dalam sejarah oiii jauh betul zura buat rambut.haaaaa. Apa-apa pon tengkiu incik suami belanja buat rambut. Ber huhu la ye you tunggu 6 jam.

Ok itu jer kisah sehari sebelum aktiviti zura di PD. Kita sambung next episod ye

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ALHAMDULILLAH.. REZEKI MAK AYAH TAHUN 2019

As Salam and salam Sejahtera korang, Hari ini free sikit tak keluar lunch. Masih kenyang lagi uii makan nasi lemak pagi tadi. Ni bilas ...