Jumaat, 26 Oktober 2018

FAIZZURA JELAJAH LANGKAWI 2018 (TAKE 2)

Kita bersambung lagi ye. Boring pulak macam semua nak di tepek dalam satu post.Jom kita jenjalan di hari ketiga pulak. Sebelum tu belum habis rupanya cerita tiga pulau ye.

Pulau Singa Besar







Di Pulau ni kita tengok helang. Uiii ada yang besar pangkat macam datuk kot.Haaa. abang bot tu baling kulit ayam nak bagi helang tu dekat-dekat la area kami kan. Seronok bukan main geng-geng China tu dok baling-baling roti pulak. Hoi korang tahu tak aku ni takot. Kang salah landing helang tu, acaner? Aku yang kena patuk kat depan ni taw. cisss


Pulau Beras Basah







Mandi lagi. Tapi kali ni,zura belajar snockling. Haaa dah la tak reti berenang pastu ada hati nak snokling. Siapa cikgu zura? incik suami la. Lantok la memang kena bebel, air masuk dalam cermin mata plastik tu (apa tah namanya). Dah ejas bagai, ok fine bukan saiz muka ku yang kecil ini.hihihi. Terus tak jadi coach nak sambung bebel.

Hari kedua complete pakej semua tiga pulau dengan jayanya. Elok jer kami nak balik dari Pulau Beras Basah tu, hujan pon turun. Masih tertanya-tanya, tercari-cari jugak la masa dekat pulau tu, tak jumpa pon Beras Basah di mana-mana. 😪😹


RABU : 12 SEPTEMBER 2018

Haaa jangan datang ke tempat yang ada pulau-pulau ni musim hujan tengkujuh ni. Padan muka sendiri. Ehh silap padan muka incik suami. sape suruh tak bincang dengan isterinya. Kan banyak tempat tak boleh pergi, tak boleh masuk. Terbatas kami di buatnya.


Ni tak ingat nama pulau. Tak jauh dari tempat tinggal kami. Nampak tu dah gelap awan. Kami baru sarapan di gerai situ. Makan mee sup. Sedap. Haa pagi lagi ko dah makan sup-sup ye zura. Jangan meragam perut tu udah ler.


Ok ni sebenarnya masih hujan. Nampak jalan tu? Incik suami memang gila kekadang, disuruhnya kita ambil gambar dia. Basah taw.Ramai memerhati pelik jer. 



Dalam hujan tetap bergambar. Daku reda jer la.Sementara incik suami dok suruh posing sana berdiri sinun, layankan jer la. Nanti sakit kepala, sama-sama tanggung.


Jam 1 petang baru boleh masuk. Semua disebabkan cuaca tak mengizinkan. Hujan kan. Sky Bridge memang ditutup untuk sementara waktu. Terkilan la jugak tapi tak per la. Mana yang ada tu kita layan view putih jer la. Cakap pun kuar asap dari mulut taw.haaa gituuu









Pemandangan kami masa dah sampai kat atas. Haaa putih jer. Dapatlah dalam 10 minit tengok satu Langkawi sebelum kabus mengambil alih. Cantik ciptaan Tuhan. Memang tenang sejuk mata memandang.



Dah kata kan masa memang tak cukup. aktiviti tak dapat buat banyak.Pergerakan terbatas kerna hujan. Kami turun dari Cable Car pon dah jam 4 petang macam tu la. Kami ambil keputusan balik rumah terus.

Makam Mahsuri, Gamat lagi apa Beras Terbakar semuanya tutup tak silap dalam jam 5 petang. Jauh dari kami berada ketika tu. Memang tak sempat. Tak apa lah lain kali ada masa boleh datang semula.

Hujan dah reda, sambil nak pergi makan malam,jalan-jalan dekat Pantai Rhu. Air tengah susut,Jenjalan lah kita sampai ke tengah. Kang tetibe air pasang, pandai-pandai la nak lepaskan diri kan.



KHAMIS : 13 SEPTEMBER 2018 

Hari terakhir dibumi Langkawi. Bangun pon tak da lah tengahari pon. Hari ni hari shopping sedunia.Haaa kemain dalam otak ni dah list nak beli itu nak beli ini,nak masuk HIG Mall. Sekali bila masuk situ, haaa what?? Kenapa tak macam yang aku gambarkan? kenapa tak macam yang dorang cerita? Biasa jer. Terus switch off tak rasa teruja nak shopping. Macam biasa beli coklat ubat sakit gigi untuk famili.hihihi kan sampai Langkawi wajib beli cekelat.

Incik suami macam biasa lah. Jadi PS (Personal Shopper) opismate dia. Derang dapat taw dari Whatsapp Status, Sume mengorder sekali bayaran la. Tengok dalam troli, dia terkejut zura beli biasa jer.Barang kiriman dia penuh. Zura pon cakapla, tak syok sebab apa yang realiti tu tak sama macam dalam gambaran. Teruja nak shopping takda. Macam masuk mall kat KL jer.

Acara akhir wajib ler berkenang-kenangan dengan Si Helang gagah perkasa itu. Masa ni pon dah mula tanda-tanda nak hujan.huuuuuuuu



Ni namanya Nasi Goreng Langkawi. Seyes memang sedap. Zura suka sangat. Ni makan hari terakhir dekat Langkawi. Gerai nombor 1 depan HIG Mall. Kedai ni ada jual segala bagai sup.

Tahu tak korang, sampai jer Shah Alam, zura gugel resepi nasi goreng tu. Sebabnya kan ikan tu tak da la rasa masam tapi nampak macam pekasam. Rangup. Incik suami cakap ikan pekasam Langkawi. Mungkin la kot. Yang pekasam Alor Setar tu lain. Yang penting memang sedap ikan pekasam.

Ada rezeki nak datang lagi. Seronok jalan-jalan Langkawi ni walaupon ia kawasan kecil. Kecik pon tak puas berjalan. OK faktor cuaca.haaaaaa


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ALHAMDULILLAH.. REZEKI MAK AYAH TAHUN 2019

As Salam and salam Sejahtera korang, Hari ini free sikit tak keluar lunch. Masih kenyang lagi uii makan nasi lemak pagi tadi. Ni bilas ...