Rabu, 26 Disember 2018

MAHU HILANGKAN STRESS ?? HIDU WANGIAN INI !!

Selagi namanya manusia, pasti adanya stress disisi. Tak kiralah ia datang dari tempat kerja, rumahtangga, orang sekeliling and kesesakan lalu lintas pon bagi kita stress. Lain orang lain caranya nak hilangkan stress dan sedih dengan membeli belah, makan dan lain-lain. Apa kata kali ini, korang cuba atasi masalah ini dengan mencium beberapa haruman untuk membangkitkan rasa bahagia dalam diri.


BUNGA


Ini bukan lagi rahsia. Dan pastinya mesti ramai wanita diluar sana yang sangat menyukai bunga-bungaan ini. Seperti contohnya, mawar, lavender, melati dan beberapa jenis bunga yang lain. Ia bukan sahaja memberi ketenangan tetapi juga mengurangkan insomnia dan depresi.


ROSEMARY



Wangian ini berhubung dengan perasaan bahagia dan mempunyai kemampuan untuk menurunkan kadar kolestrol. Rosemary terbukti dapat mempengaruhi prestasi dan suasana hati. Ia sesuai digunakan atau diletakkan ditempat kerja.


LAVENDER



Ia berkaitan dengan kesan yang menenangkan anda sehingga memberikan perasaan nyaman. Sesuai digunakan pada waktu malam ketika tidur. Malah, menjadi pilihan yang sesuai untuk mereka yang ingin bersantai.


PUDINA



Ia terbukti dapat meningkatkan memori dan fokus. Bagi anda yang masih belajar dan bekerja yang memerlukan tumpuan tinggi, aroma ini sangat disarankan untuk merangsang otak.


LEMON



Aroma yang segar ternyata mampu memberi kesan anti depresi. Malah, ia juga dapat memperbaiki mood anda menjadi lebih baik. Selain itu, aroma buah ini boleh meningkatkan tenaga, mengurangkan stress dan memberikan kesan positif kepada orang lain.


BUNGA HARUM SUNDAL MALAM



Bunga ini hanya terdapat di Asia Tenggara dan sangat popular digunakan untuk majlis pernikahan adat jawa. Mungkin agak sukar untuk memperolehi bunga ini. Namun, aromanya banyak memberi manfaat kepada anda.

Anti depresi. Ia sangat baik dijadikan aromaterapi kerana boleh menenangkan fikiran dan membantu melepaskan tekanan. Ia membuatkan anda tenang, mengurangkan rasa cemas dan gelisah.

Meningkatkan pengaliran darah. Ia membantu memperbaiki pengaliran darah dalam badan. Bernafas dengan tenang, sekaligus mengurangkan sakit sendi dan secara semulajadi.

Tingkatkan hormon seksual. Bunga ini biasanya mengeluarkan wangian pada waktu malam. Ia membolehkan aura romantik dan membantu merangsang saraf dengan mengawal ghairah dan perasaan seksual.


BAU RUMPUT



Menurut penelitian dari Australia, bau rumput yang baru dipotong ternyata dapat membuatkan seseorang itu menjadi lebih santai dan gembira. Bau ini sangat kuat dan boleh membantu mengurangkan tekanan seiring dengan usia yang semakin meningkat.


BEDAK BAYI



Bau bedak bayi ternyata dapat merangsang rasa bahagia dan meningatkan anda memori kebahagiaan ketika masih kanak-kanak dahulu.


RINTIK HUJAN



Suara rintik hujan adalah suara yang sempurna untuk mencipta suasana yang lebih menenangkan. Ia juga dipanggil 'white noise' - suara yang biasa meneutralkan fikiran, menenangkan fikiran selepas seharian dengan kesibukan dan tekanan. Malah, anda boleh tertidur dengan nyenyak di saat anda mendengar suara rintikan hujan.


DAUN PANDAN



Bukan sekadar untuk menjadikan nasi anda berbau harum tetapi aroma yang khas ini membuatkan fikiran anda menjadi lebih tenang. Letakkan beberapa hirisan daun pandan dengan beberapa titisan wangian lain ke dalam sebuah mangkuk.


*sumber dari Mingguan Wanita*


Pada zura bau epal hijau amat menenangkan. apa-apa yang berkaitan bau epal hijau pasti zura beli. Yang selalu tetap ada ialah pencuci pinggan and pewangi kereta. Body perfume pon zura pakai epal hijau tapi selalunya menyengat sangatlah pulak baunya. Hihihi.

Korang macam mana nak hilangkan stress????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ALHAMDULILLAH.. REZEKI MAK AYAH TAHUN 2019

As Salam and salam Sejahtera korang, Hari ini free sikit tak keluar lunch. Masih kenyang lagi uii makan nasi lemak pagi tadi. Ni bilas ...