Jumaat, 17 Mei 2019

PERASAAN MEREKA YANG SUDAH MENGGUNAKAN FELLINA BODY MIST

As Salam semua. Selamat bekerja buat yang bekerja. Selamat bercuti mana yang telah mula bercuti. Panjang cuti hujung minggu ni kan? Ahad ni Hari Wesak bawak ke Isnin. Rabu Nuzul Quran pulak. Mesti Selasa ada yang ambil cuti.

Ok la hupdate zura kali ni nak share perasaan mereka yang dah pakai FBM. Macam-macam persaan kan. Macam zura sendiri pon rasa wangi jer.haaa. Baru terai Sweet Heart.


















Khamis, 16 Mei 2019

FELLINA BODY MIST

As Salam semua. Selamat berpuasa. Sekejap jer kan dah 11 Ramadhan lepas tu raya.haaa. Sajer jer ingat-mengingati.hihii. Manalataw kan ada yang lansung belum bermula persiapan raya, macam zura. Tapi tapi tapi persiapan wangi-wangian dah standby. Body Mist spray la. Kang tetibe tetamu datang, tak sempat nak mandi kali ke 10, pstt psstt psssstt jer Mist Spray.😄 Jom kita baca apa beza mist spray dengan perfume.

Apa beza body mist dengan perfume? Macam zura pernah dengar sebelum ni body mist tapi macam kabur-kabur jugak. Pernah satu tahap terpikir macam deodaran jenis spray kot 😂

Secara fizikalnya, perbezaan ketara antara body mist dan perfume ialah peratusan kandungan pati yang terdapat didalam kedua-dua jenis perfume.

Perfume mengandungi 5% - 16% pati manakala body mist mengandungi kurang dari 3% pati. Oleh yang demikian, harga perfume lebih mahal berbanding body mist.

Body mist sebenarnya berfungsi hampir sama seperti lotion namun kita tak perlu menyapu pada kulit. Cukup sekadar hanya beberapa semburan. biasanya body mist digunakan selepas mandi untuk memberi kesegaran kepada kulit.

Jadinya Fellina Body Mist ni bukan lah EDP(Eau de Perfume) atau EDT(Eau de Toilette) yang harganya beratus-ratus ringgit tu.

Harganya yang hanya RM39 sebotol, wangian hanya kekal sekitar 4-5 jam dan bersifat lebih ringan. Fellina Body Mist memang mampu untuk dimiliki oleh semual orang.




Fellina Body Mist didatangkan dengan 3 wangian khas khusus untuk para wanita-wanita. Setiap wangian mempunyai karektor memasing. Sebelum korang memborong, boleh lah semak wangian mana satu sesuai dengan korang yer. 😍


DREAM LADY - Bauan bunga yang menusuk


SWEET HEART - Bauan bunga yang lembut


VANILLA PASSION - Bauan vanila yang ceria



Tips supaya Fellina Body Mist lebih tahan lama

👉 make sure korang sembur selepas mandi. Ini disebabkan selepas mandi, liang-liang roma akan terbuka, wangian akan menyerap dengan lebih baik dan tahan lama.

👉 make sure korang sembur pada kulit. Sembur dibahagian nadi seperti pergelangan tangan, tekak(leher), lurah payudara, belakang lutut.

👉 bawa bersama ke mana sahaja korang pergi. Masukkan di dalam handbag dan sembur semula bila korang rasa perlu.


Andai korang teringin berjinak-jinak dengan body mist ni, bagus grab di bulan Ramadhan ni. Kerna ada harga kasig sayang memanti korang. Just whatsapp jer ye 0173913924

Rabu, 15 Mei 2019

RAMADHAN 1440H : DIBERI SEDIH DAN GEMBIRA

As Salam pembaca semua.

Hari ini 10 Ramadhan 1440H bersamaan 15 Mei 2019, baru zura ada sedikit masa nak hupdate kongsi cerita sepanjang tak hupdate dari last post.

Tanggal 5 Ramadhan 1440H bersamaan 10 Mei 2019. Minggu lepas, akhirnya apak zura menghembuskan nafas terakhir setelah hampir 2 minggu masuk spital and minggu terakhirnya di wad CCU. tepat jam 3.44 mimit petang di hari jumaat dibulan yang mulia, arwah meniggalkan kami semua. Ya, memang sejak 2 minggu sebelum tu lagi kami dah rasa risau tengok keadaannya makin kritikal. Zura dan incik suami sempat menziarahi arwah seminggu sebelum dipindahkan ke wad ccu. Masa tu memang nampak perubahan ketara pada fizikal arwah apak. Kurus terlalu kurus. and tengok apak tak selesa. Nak duduk kejap nak baring,lenguh-lenguh kaki katanya. zura urut-urut,allahu sejuknya kakinya. Bila urut-urut tangannya masih panas-panas lagi.

Saat akhir zura ziarah sehari sebelum apak meninggal. Masa tu keadaannya memang kritikal and doktor terpaksa tidurkannya. Allahu, zura as anak bauh jer pon tak mampu nak control air mata. Meleleh jugak akhirnya. Kuat sangat kamu Rina (anak no.2 arwah) langsung mata tu tak berkaca. Pandai kamu control keadaan. Ya, bak kata rina, rina kena kuat depan mak.Nanti mak lagi lemah sedih.

Alfatihah buat apak yang terlalu kami sayang. sayang sangat. Semoga rohmu ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Segala urusan apak sangat mudah dan lancar dari hospital hingga dikebumikan. Kami lepaskan apak tapi kami tak lupakan apak. Sesungguhnya along betul-betul rindu apak. Masih terniang-niang suara apak, wajah apak yang sentiasa tolong kami.



Semalam.14 Mei 2019 bersamaan 09 Ramadhan 1440H  pada jam 3.44 pagi, adik bongsu selamat melahirkan anak sulungnya. Team kami lagi.haaa gugurls. alhamdulillah. Ibu dan bby selamat. Tak sabar nak balik sentul jumpa bby 2. 

Raya ni dalam kami bersedih, allah gantikan gembira. Ya kami tahu bukan elok bersedih lama-lama sangat. 

Zura rasa tahun ni tahun agak berat la badan ni nak hadap. Hujung bulan saat incik suami kena masuk wad untuk operation, saat itu jugak arwah apak dimasukkan spital Serdang. Sehari selepas incik suami berpuasa, tetibe tak jadi pulak operate. Bila pikir-pikir balik, ni semua aturan daru pencipta. Jika incik suami diteruskan operation, rasanya kami langsung tak daapt ziarah arwah apak.

apa yang berlaku buatkan zura lebih paham, wang ringgit tak membatu ikatan kasih sayang. Ya, tanpa wang ringgit kita tak boleh ke mana-mana. Jai kita balance kan dua-duanya.


ALHAMDULILLAH.. REZEKI MAK AYAH TAHUN 2019

As Salam and salam Sejahtera korang, Hari ini free sikit tak keluar lunch. Masih kenyang lagi uii makan nasi lemak pagi tadi. Ni bilas ...