Hari ini 10 Ramadhan 1440H bersamaan 15 Mei 2019, baru zura ada sedikit masa nak hupdate kongsi cerita sepanjang tak hupdate dari last post.
Tanggal 5 Ramadhan 1440H bersamaan 10 Mei 2019. Minggu lepas, akhirnya apak zura menghembuskan nafas terakhir setelah hampir 2 minggu masuk spital and minggu terakhirnya di wad CCU. tepat jam 3.44 mimit petang di hari jumaat dibulan yang mulia, arwah meniggalkan kami semua. Ya, memang sejak 2 minggu sebelum tu lagi kami dah rasa risau tengok keadaannya makin kritikal. Zura dan incik suami sempat menziarahi arwah seminggu sebelum dipindahkan ke wad ccu. Masa tu memang nampak perubahan ketara pada fizikal arwah apak. Kurus terlalu kurus. and tengok apak tak selesa. Nak duduk kejap nak baring,lenguh-lenguh kaki katanya. zura urut-urut,allahu sejuknya kakinya. Bila urut-urut tangannya masih panas-panas lagi.
Saat akhir zura ziarah sehari sebelum apak meninggal. Masa tu keadaannya memang kritikal and doktor terpaksa tidurkannya. Allahu, zura as anak bauh jer pon tak mampu nak control air mata. Meleleh jugak akhirnya. Kuat sangat kamu Rina (anak no.2 arwah) langsung mata tu tak berkaca. Pandai kamu control keadaan. Ya, bak kata rina, rina kena kuat depan mak.Nanti mak lagi lemah sedih.
Alfatihah buat apak yang terlalu kami sayang. sayang sangat. Semoga rohmu ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Segala urusan apak sangat mudah dan lancar dari hospital hingga dikebumikan. Kami lepaskan apak tapi kami tak lupakan apak. Sesungguhnya along betul-betul rindu apak. Masih terniang-niang suara apak, wajah apak yang sentiasa tolong kami.
Semalam.14 Mei 2019 bersamaan 09 Ramadhan 1440H pada jam 3.44 pagi, adik bongsu selamat melahirkan anak sulungnya. Team kami lagi.haaa gugurls. alhamdulillah. Ibu dan bby selamat. Tak sabar nak balik sentul jumpa bby 2.
Raya ni dalam kami bersedih, allah gantikan gembira. Ya kami tahu bukan elok bersedih lama-lama sangat.
Zura rasa tahun ni tahun agak berat la badan ni nak hadap. Hujung bulan saat incik suami kena masuk wad untuk operation, saat itu jugak arwah apak dimasukkan spital Serdang. Sehari selepas incik suami berpuasa, tetibe tak jadi pulak operate. Bila pikir-pikir balik, ni semua aturan daru pencipta. Jika incik suami diteruskan operation, rasanya kami langsung tak daapt ziarah arwah apak.
apa yang berlaku buatkan zura lebih paham, wang ringgit tak membatu ikatan kasih sayang. Ya, tanpa wang ringgit kita tak boleh ke mana-mana. Jai kita balance kan dua-duanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan