Khamis, 27 Jun 2019

SOBELLA COLLAB EDITION [ SOBELLA X ASHH&ANNAS ]


Hii korang, nak hupdate banyak cerita sebenarnya. Macam biasalah, bizi tahap level-level menteri-menteri Malaysia kekdahnya. Haaaa teruk sungguh la zura ni. Ok, sebenarnya zura nak kongsi kisah lipamtte paling best yang pernah zura pakai. Sekarang rankingnya menten nombor 1 dalam senarai zura. Senang cerita tak cari lain dah. But bahan-bahan nak share belum cukup lagi, jadinya zura share Collab Edition dulu ye. Walaupon kalau ikut kelahirannya, dia bukan yang sulung dalam tahun ini 😆

Andai korang tak kenal SOBELLA COSMETIC bermaksud korang perlu cari dah fahami mereka. Kenapa begitu ramai menggilai brand anak Pantai Timur ni.


Untuk pertama kalinya, tahun ni menjelang Ramadhan, Sobella telah berkoloberasi dengan usahawan yang pemes. Kalau korang ingat sekitar 2-3 tahun lepas, kalau zura tak silap. Fenomena skirt tutu. Haaa Rozita Che Wan? Orite, dh mula ingat kan. Kenal Ashh & Annas? nama ini tak asing dengan Che Ta kan. Mereka berdua sentiasa bekerjasama dengan produk kosmetik Ashh & Annas and sebelum itu Ashh & Annas adalah jurufoto rasmi Che Ta.

Sekarang, di tahun ini rezeki berkoloberasi dengan Syuhada.Lebih dikenali Syusyu founder sobella yang limited edition. Catu sokmo.

Ashh & Annas, Syusyu dan Che Ta


Founder Sobella, Syusyu  dengan Che Ta ketika shoot Collab Edition


Sebelum puasa TIGA PULUH RIBU UNIT SAHAJA (30K) yang dikeluarkan. Bermaksud 15K untuk setiap label la. Bayangkan 15K sahaja untuk Sobella. Betapa pirana ke idak kami-kami ni.Itulah Sobella : Catu tetap catu. 


Apa yang lain Sobella Collab Edition?

Texture yang creamy dan fluffy. Macam ais krim Baskin Robin yang pekat tu je texture dia. Creamy yang menyenangkan dibibir. Kenapa buat texturre begini? Mestilah sebab nak bagi kelainan supaya customer dapat experience yang berbeza-beza dengan SoBella.

So far ramai jugak yang sukakan Collab Edition ni. Tapi ada jugak yang suka normal Sobella Honey-Matte. Taste kita kan lain-lain, so ikut atas preferences masing-masing. ada yang suka lelaki berkumis, ada yang suka lelaki botak, ada yang suka abang masham, haa gitulah lebih kurang.

Tapi bak kata Sobella lovers, ehh tak kesahlah macam mana pun asalkan SOBELLA, maka wajib beli untuk koleksi peribadi.





Didatangkan 3 warna-warna memukau yang memang buatkan kita tak senang melihatnya. Ditambah pula design kotaknya sangat exclusive. Tema Collab ni percutian. Tengoklah nama-nama lipcream pon dah tahu kan.





TOKYO : WARNA COKLAT NAK KE ORANGE YANG MEMBAWA SIMBOLIK MUSIM LURUH. CINTAI KEINDAHAN.




PARIS : WARNA PINK BOLD YANG SANGAT ROMANTIC DAN FEMININ. UNTUK NAMPAK SWEET DAN MANJA.




MALDIVES : WARNA NUDE YANG NAMPAK RELAX  DAN TENANG SEPERTI AIR DI MALDIVES.


Siapa yang suka keselesaan to the max ... yessss harus beli collab Edition ni. Owh ya, stok pada zura hanya tinggal PARIS DAN TOKYO SAHAJA.

HARGA? Tetap mampu milik kita rakyat marhen ni.hihihih RM39 jurrr






Ingat yer Collab Edition ni Lipcream bukan Lipmatte ok? Contact zura 0173913924 andai korang tercicir di kalangan 30K insan bertuah itu.



Selasa, 18 Jun 2019

MEALVY CHOCOLATE SI TAHAN LAPAR

Hi korang,

Cerita zura kali ni nak hupdate is food suppliment atau bahasa kita ni pengganti makanan berat la. Selalunya waktu sarapan yang majoriti rakyat Malaysia skip. Walaupon bangun awal kan nak ke tempat kerja, tetap lambat jugak. Haaa gitu la kita ni. Mealvy ni ada 2 perisa. Fruits & Vege dan Chocolate ni yang terbaru. Next entry zura cerita pasal Fruit & Vege pulak ye. Nak compare kedua-duanya, bagi zura chocolate lagi sedap and lama sikit kenyangnya berbanding Fruit & Vege ni rasanya masam-masam sikit.

Kenapa zura kata yang chocolate ni rasa kenyang lebih lama? Jom kita baca...





Tengok gambar merecik coklat ni terliur jer kan. Sangat mudah nak minumnya. Dalam box tu ada FREE Shaker. Dalam bentuk sachet lagi mudah kita nak bawak travel. 15 peket dalam setiap box. Hanya shake-shake dengan air sejuk jer. Itu cara zura. Kalau korang nak letak ais pon boleh. Minum setiap pagi atau pagi dan malam. Terpulang pada korang la. Macam zura minum malam if bila rasa betul-betul lapar kerna zura jarang makan malam.

Lebih dari 10 bahan yang bagus dan sunnah terdapat dalam Mealvy Chocolate.



Dah namanya Mealvy Chocolate kan. Mesti bahan utama coklat. Siapa tak suka coklat tu macam membongak jer. Haa cuba tenguk dalam troli bila beli barang dapur, mesti ada terselit coklat kan. Tak salah makan coklat but kena tahu coklat mana yang baik untuk kesihatan atau sebaliknya.



Biji chia atau orang lebih suka panggilnya Chia seed ni memang pemes emes. Terus terang memang letak chia seed dalam minuman detox kita tu memang kenyang taw. Zura pernah amalkan dulu sekitar tahun 2016-2017. Sekarang dalam Mealvy Chocolate dah ada, tak perlu la beli chia seed. Mahaii 🙊



Kurma. Tak perlu dipertikaikan lagi. Kandungan zat besi, kalsium yang tinggi salah satu penyumbang dalam tenaga kita seharian. Perasan kan setiap kali Ramadhan datang, kurma lah pemanis mulut wajib ada. Makan ketika berbuka atau sahur. Badan kita tetap cergas. Tak da la lemau-lemau.



Buah tin tinggi vitamin C. Ada dalam Mealvy Chocolate.



Stevia makin mendapat perhatian ramai. Ia amat baik gantikan gula di rumah tu. Hihii



Buah Delima pon ada jugak. But percentnya tidak lah sebanyak coklat. Jadi bila kita minum tu tak ada lah rasa pelik. Mesti korang bayangkan rasanya masam-masam manis lemak kan? Hakikatnya tidak sama sekali yer. Rasa coklat 100%. Trust me



Ada Habastussauda jugak. Yang ni zura tak pernah makan atau masukkan dalam masakan.huuu.ehh tak payah risau ada dalam Mealvy Chocolate kann



Ada yang suka green tea ker? Layan pulak ye tekak korang.haaa. Memang idok ler bagi tekak zura ni. Pernah terai minum teh hijau ni.Lepas sekali teguk rasa nak keluar balik. Terus zura tambah gula.Adoii la macam mana nak diet gitu kan. Sekarang Mealvy Chocolate kan ada.



Ok ni memang kegemaran sangat. Kalau beli walnut ni memang tak cukup plus tak ikot portion eat clean taw. Harga memang mahal 500gm tu kan.Bila kudap-kudap tak sampai 1/2 jam boleh habis. Haaa tu tahun lepas la, saat zura buat betul-betul eat clean Herbalife. Membantu sangat taw. Kenyang.


Goji Beri ni zura tak pernah tengok real. Cuma tawlah tu kenapa ada dalam Mealvy Chocolate. Korang bacalah ye.



Kismis ni pon pebret gak. Suka yang kaler kuning gini. Yang hitam tu kelat masam. Haaa ada jugak dalam Mealvy Chocolate taw



Buah Rozel ni minum kompom lagi masam dari Delima. Zura suka airnya. Dalam Mealvy Chocolate ada jugak. Yang penting rasa masam tu tiada ye. Ingat rasa lemak-lemak coklat jer ada


Biji Labu ni atau koci putih la kan. Sedap layan makan sambil tengok drama Korea atau Sinetron kan





Badam itu sedap. Haaa Lagi-lagi kalau ada sebiji dalam almond London. Tiberr kan. Dalam plan eat clean pon badam tersenarai sebagai snak taw. Memamg kenyang untuk sampai waktu lunch atau dinner. Jadi apa lagi kita nak menidakkan bila ia ada dalam Mealvy Chocolate


Kalau korang perasan, beberapa tahun lepas pernah jadi fenomena orang jual Arabic Gum ni. Kebaikannya yang baik dalam kawal kolestrol dalam badan kita. Masih tak best lagi ke Mealvy Chocolate ni?



Garam Bukit. Sekarang ramai dah tukar garam ni kan. Owh ya, tiada rasa masin ye dalam Mealvy Chocolate. Ye la nanti korang cakap bahnnya ada garam tu. Pasak dalam minda tu hanya rasa coklat. Uittt nikmat sehh bancuh sejuk 😋😋😋😋

Banyak kan bahan dalam Mealvy Chocolate. Semua baik untuk kesihatan kita and makanan sunnah. Owh ya, tadi di awal posting ni zura ada maklumkan yang Mealvy Chocolate ni lebih lama sikit rasa kenyangkan. Kenapa zura cakap gitu? Sebabnya ada bahan yang diberi nama PSYLLIUM HUSK.

Psyllium Husk ni apa yer?

Ia adalah fiber tumbuhan yang menjadikan kita rasa kenyang berpanjangan.

Istimewa dekat MEALVY CHOCOLATE jer dan atas sebab tu, siapa consume Mealvy Chocolate, effect kenyang lebih lama dari MEALVY FRUITS. Psyyllium Husk ni kembang bila dalam perut kita. Tu agaknya buatkan kita rasa kenyang lebih lama sikit kot. Video zura tak reti nak share sini.hahaha. Korang tengok dekat facebook zura ye. Ada video Psyllium Husk kembang dalam bikar.



Ni la Psyllium Husk. sumber gugel.hihihi

Orite itu la seba sedikit kisah Mealvy Chocolate si Tahan Lapar. Pada masa sekarang ni ada Promosi Beli Combo Mealvy (Choco + Fruits) FREE Felinna Hot Lotion taw. Berbaloi sangat  tu. Limited 500 set jer korang. Setakat jam zura menulis ni tinggal dalam 400 set jer dalam sistem.





Contact zura ya 017-3913924.

Rabu, 12 Jun 2019

SEMINAR IMEJ 360 : SIRI 5.0

Haluu haluu..
Tercicir pulak nak kongsi aktiviti kegemaran zura. Bukan aktiviti tak berfaedah ye. Aktiviti berilmu dari segala aspek. Tidak semestinya fokus pada imej, malah lebih luas skopnya. Senang cerita setiap kali seminar, topiknya tidak sama. Topik Imej ni banyak taw kengkawan.

Ni kali ke 3 zura join seminar Puan Mary ni. Masa siri pertama dulu, zura terlepas. Siri kedua pulak clash date. Apa yang penting, ia sangat berguna pada zura dalam biznes, penampilan di khayalak ramai, percakapan dalam golongan berlainan jantina dan padanan warna baju, bentuk badan. Dan dan dan paling ketara yang zura dah buat. Sorting pakaian dalam almari yang mana dipakai atau tidak. sekarang dah lapang sikit ruangnya 😚


Setiap kali seminar, setiap kali itu juga zura akan jumpa kawan baru. Hanya yang kekal bersama ketika hadir dah 3 kali seminar ni si anak Thailand tu,Keen. Haaa.

Tema pada siri kali ni ada lah Be Happy Everyday. Ya setiap saat emosi kita tak menentu kan. Kadang-kadang membuatkan kita tak hepi tu sebab kewangan. Pada hakikatnya banyak benda/perkara yang kita boleh bahagia tanpa terlalu fikir kesulitan kewangan tu kan. Jadinya, jangan dalam mindset kita dok "zikir" bila duit tak cukup kita tak bahagia. Salah sama sekali.

Dari pemerhatian zura, Seminar imej ni maybe kebetulan but rasanya tidak. Planner untuk setahun selalunya dah dirancang awal kan? Setahun 2 kali seminar ni berlangsung. Di bulan March atau April dan di bulan Oktober. Siri 5.0 berlangsung pada 24 March 2019 yang lepas dekat IRDKL Padang Jawa, Shah Alam. Dari jam 8 pagi sehingga 6 petang.

Ada 8 topik pada seminar kali ni :

  1. cantik walau sibuk
  2. penjagaan diri
  3. pemilihan produk
  4. pemilihan tudung
  5. pengurusan pakaian
  6. etika pergaulan
  7. padanan warna
  8. teknik bina gaya

kedua mereka kawan baru : sebelah kiri, Aina dari Perak dan tudung stylo tu Kak Megg dari Shah Alam


acara wajib wefie dengan Puan Mary


kami berdua di belakang yang masih muka sama diseminar. Itulah Keen. Bertiga dekat depan tu kawan baru


rezeki zura. Complete dah set kamus kulit ni. Hanya siri 2 jer zura beli masa seminar. siri 1 dapat free pada seminar yang lepas. Siri 3 & 4 free masa seminar ni

salah satu game. setiap peserta yang berlainan akan lukis wajah kita. Zura tak ingat berapa org yang lukis muka zura.haaaa


Bagi zura, apa-apa seminar ada kelebihan masing-masing. Macam zura lebih suka pada penampilan diri, groming la senang ceria. Jadi sangat sesuai seminar imej 360 ni buat zura. Dan seminar berkaitan biznes juga zura suka. Sudah semestinya dapat membantu baikpulih skill biznes yang zura buat kan.

Apa-apa peluang seminar ke, if isi kandungan nya tu kena dengan jiwa kita. join jer la. Yang kedua baru pikir kos tiket tu. Ada bajet lebih,boleh daftar. Takda bajet lagi, kita dah bole menabung untuk next seminar kan. Kenapa zura cakap gitu? Mestilah kita dah tahu harga tiket seminar tu. Tiket Early Bird kalau ada rezeki lagi padu.hihiihihi

Apa yang zura perasan kan, pada diri zura sendiri la. Pernah jugak dengar ada yang bercakap apa faedahnya zura join seminar-seminar cenggini kan. Kadang-kadang dorang cakap mengarut jer. Tapi mereka tidak tahu. Dalam setiap percakapan fasilator tu, sedikit sebanyak membuatkan kita sentiasa menambah aura-aura positif. Sentiasa berlapang dada. Sentiasa dalam keadaan emosi terkawal dalam handle apa-apa jua masalah.

Jumpa korang nanti di Seminar Imej 360 akan datang ya. Jangan lupa tegur taw.💋💋

BEG KEPIT TIAK TOK LAKI

Haluuuuu....

Viral dah sana sini cerita pasal beg kepit ni. Fenomena ni mula menghantui kami sejak penghujung Ramadhan uolls. Mana yang sempat dapat kampung senegeri mader, sempat la dapat dengan kadar segera.

Kami pon terkejut tup tup mommy Hera Helmi tunjuk beg kepit ni. Ya Allah memang panas mata memasing nengoknya. zura pon tak tenteram je rasa beraya.haaa Tak pe next week zura pergi serbu mader 😇


Namanya  Beg Kepit Tok Laki . Saiznya memang tak dapat nak bagi la. Kerna mereka-mereka yang dah dapat tak pikir ukuran. cuma derang boleh cakap besar. Takpe lah nanti zura dah dapat, zura ukurkan ye. Material nya mereka kata bagus. Tak sepadan dengan harga. sebab apa? Sebabnya materialnya kalis air. Haaa kan kalis air maknanya bagus la kan.

Beg Kepit Tok Laki ni macam-macam la kegunaan nya. Level-level poket Doraemon la. Boleh dijadikan beg toiletries , letak kotex, mentos dan paling penting HERV Skincare la kan. Owhya ia tidak ada zip taw. Memang kosong gitu la dalamnyer.

WAJIB letak telekung. Cantik beg telekung travel kita kan. Ramai memerhati nanti disurau-surau mana yg kita benti tu. And Ipad pon boleh buat masuk. Dah besar jugak la tu saiznya. Still somel and exclusive kan.


Macam-maca style gaya korang bole peragakan. Silang ker, kepit ker,pegang jer ker. Ehh terpulanglah pada korang. Dengan harga RM10 korang boleh jadikan handbeg paling mahal bergaya korang taw. If korang nak FREE, zura bagi jer dengan syarat beli FULL SET produk HERV.

Korang dah dapat beg kepit ni jangan lupa join contest ye. TArikh tutup 30 Jun 2019 ni. Semoga Berjaya







Selasa, 11 Jun 2019

SALAM EIDUL FITRI 1440H | JUN 2019

Hii korang,

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin ya. Sekejap jer kan harini dah 7 Syawal. Minggu ni mesti ramai sambung sibuk terima undangan rumah terbuka. Ingat taw makan berpada-pada ya. Kesihatan first.

Sepanjang usia zura 37 tahun, tahun ni tahun pertama zura serta famili lah beraya di Sentul. Haaa bayangkan lah macam mana perasaan tu. Memang dari kecil kekadang seminggu sebelum raya dah ada kat kampung. Paling lewat pon, lepas sembahyang raya baru gerak balik kampung. Tapi tahun ni, memang di Sentul walaupon dalam tengahari zura and adik nombor 2 dah mula gerak balik kampung Simpang Lima.

Kenapa kami beraya di Sentul? Sudah semestinya kerna si ucu tu tengah berpantang. Uiiittt kemeriahan tambah anak buah kan,tak der pon rasa canggung beraya di Sentul.

Zura dengan incik suami balik Sentul pada hari Ahad sebelum raya. Jadi lama sikit la kali ni dapat berbuka dengan famili. Walaupon tahun ni kami tak dapat berbuka complete satu famili kerna bulan Ramadhan kami dah beberapa hari di kampung atas pemergian arwah apak meninggal di awal Ramadhan.

Persiapan raya kami macam biasa, zura tak beli pon baju raya. Pakai yang tahun lepas. Bukan recycle ye.Tapi memang belum pakai. Check baju yang bergantung, ehh 3 pasang belum pakai.haaaa teruk tol. Jadinya incik suami jer la beli. Tema kami tahun ni kuning.

uwo,kakak ina, maisarah & atok


famili kakak ina. (ibu anak nombor 2)

us with anak-anak buah (me anak sulung)


mama & papa (mama anak nombor 3.ni giliran di inlaw mama)

mmy kesayangan derang.mmy adalah bank menan dorang.haaa (mmy anak nombor 4 and still single.)

famili ucu yang sedang berpantang. (adik bongsu )









Adoii anak buah sulung ni baru berusia 5 tahun uolls, tengok ler aksi dye dok mini luv jer. Kpop sangat kan. Cepat betul mempengaruhi benda-benda viral ni kan. haa siap suruh ikot aksinya sekali. Semoga Irdina ikut perkara yang baik jer ye.

Apa menu di pagi raya kami? Sama ler macam korang. Kali ni rendang daging. Asyik rendang ayam jer kan. Makanan hari-hari pon kekadang mak masak rendang ayam. Boring. Haaaaa. Ada nasi impit, ketupat palas and paling rare, zura buat nasi goreng uolls. Haaa pelik kan? Tapi nasi goreng yong ni la dorang dok minta resepi 😝 Ye la hari terakhir puasa, menu berbuka tu mak minta buat mee goreng, pastu masak nasi jugak. Endingnyer nasi tak rterusik pon. Semua balun mee goreng.

Biskut yang sempat buat chocolate confleks dengan biskut pemes emes.



Petang dah sampai kampung, tak sempat dah nak berposing melawa. Raya pertama ramai tetamu datang plus ziarah ociok. Ye la kan, kami baru jer kehilangan yang tersayang. Rasa kedua pulak sibuk dengan baraan. Tahun ni zura tidur 2 malam di rumah uwo. Raya ketiga baru balik umah inlaw. Pon tak sempat nak bergambar kali laki bini. Sibuk beraya dan terima tetamu.

Ini jer la kampung kami walaupon tak sempurna. Selepas ziarah kubur arwah apak, arwah atok. Gambar zi zura suka sangat. Nampak cantik kan. Waktu ni kalau tak silap dah jam 6 petang.



Zura dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. andai korang ada terasa hati ker atau dari penulisan zura ni buatkan korang tersinggung dalam ketidaksedaran zura menulis.

Semoga kita berjumpa lagi di tahun hadapan. Inshaallah semoga usia kita dipanjangkan.





ALHAMDULILLAH.. REZEKI MAK AYAH TAHUN 2019

As Salam and salam Sejahtera korang, Hari ini free sikit tak keluar lunch. Masih kenyang lagi uii makan nasi lemak pagi tadi. Ni bilas ...