Rabu, 12 Jun 2019

SEMINAR IMEJ 360 : SIRI 5.0

Haluu haluu..
Tercicir pulak nak kongsi aktiviti kegemaran zura. Bukan aktiviti tak berfaedah ye. Aktiviti berilmu dari segala aspek. Tidak semestinya fokus pada imej, malah lebih luas skopnya. Senang cerita setiap kali seminar, topiknya tidak sama. Topik Imej ni banyak taw kengkawan.

Ni kali ke 3 zura join seminar Puan Mary ni. Masa siri pertama dulu, zura terlepas. Siri kedua pulak clash date. Apa yang penting, ia sangat berguna pada zura dalam biznes, penampilan di khayalak ramai, percakapan dalam golongan berlainan jantina dan padanan warna baju, bentuk badan. Dan dan dan paling ketara yang zura dah buat. Sorting pakaian dalam almari yang mana dipakai atau tidak. sekarang dah lapang sikit ruangnya 😚


Setiap kali seminar, setiap kali itu juga zura akan jumpa kawan baru. Hanya yang kekal bersama ketika hadir dah 3 kali seminar ni si anak Thailand tu,Keen. Haaa.

Tema pada siri kali ni ada lah Be Happy Everyday. Ya setiap saat emosi kita tak menentu kan. Kadang-kadang membuatkan kita tak hepi tu sebab kewangan. Pada hakikatnya banyak benda/perkara yang kita boleh bahagia tanpa terlalu fikir kesulitan kewangan tu kan. Jadinya, jangan dalam mindset kita dok "zikir" bila duit tak cukup kita tak bahagia. Salah sama sekali.

Dari pemerhatian zura, Seminar imej ni maybe kebetulan but rasanya tidak. Planner untuk setahun selalunya dah dirancang awal kan? Setahun 2 kali seminar ni berlangsung. Di bulan March atau April dan di bulan Oktober. Siri 5.0 berlangsung pada 24 March 2019 yang lepas dekat IRDKL Padang Jawa, Shah Alam. Dari jam 8 pagi sehingga 6 petang.

Ada 8 topik pada seminar kali ni :

  1. cantik walau sibuk
  2. penjagaan diri
  3. pemilihan produk
  4. pemilihan tudung
  5. pengurusan pakaian
  6. etika pergaulan
  7. padanan warna
  8. teknik bina gaya

kedua mereka kawan baru : sebelah kiri, Aina dari Perak dan tudung stylo tu Kak Megg dari Shah Alam


acara wajib wefie dengan Puan Mary


kami berdua di belakang yang masih muka sama diseminar. Itulah Keen. Bertiga dekat depan tu kawan baru


rezeki zura. Complete dah set kamus kulit ni. Hanya siri 2 jer zura beli masa seminar. siri 1 dapat free pada seminar yang lepas. Siri 3 & 4 free masa seminar ni

salah satu game. setiap peserta yang berlainan akan lukis wajah kita. Zura tak ingat berapa org yang lukis muka zura.haaaa


Bagi zura, apa-apa seminar ada kelebihan masing-masing. Macam zura lebih suka pada penampilan diri, groming la senang ceria. Jadi sangat sesuai seminar imej 360 ni buat zura. Dan seminar berkaitan biznes juga zura suka. Sudah semestinya dapat membantu baikpulih skill biznes yang zura buat kan.

Apa-apa peluang seminar ke, if isi kandungan nya tu kena dengan jiwa kita. join jer la. Yang kedua baru pikir kos tiket tu. Ada bajet lebih,boleh daftar. Takda bajet lagi, kita dah bole menabung untuk next seminar kan. Kenapa zura cakap gitu? Mestilah kita dah tahu harga tiket seminar tu. Tiket Early Bird kalau ada rezeki lagi padu.hihiihihi

Apa yang zura perasan kan, pada diri zura sendiri la. Pernah jugak dengar ada yang bercakap apa faedahnya zura join seminar-seminar cenggini kan. Kadang-kadang dorang cakap mengarut jer. Tapi mereka tidak tahu. Dalam setiap percakapan fasilator tu, sedikit sebanyak membuatkan kita sentiasa menambah aura-aura positif. Sentiasa berlapang dada. Sentiasa dalam keadaan emosi terkawal dalam handle apa-apa jua masalah.

Jumpa korang nanti di Seminar Imej 360 akan datang ya. Jangan lupa tegur taw.💋💋

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ALHAMDULILLAH.. REZEKI MAK AYAH TAHUN 2019

As Salam and salam Sejahtera korang, Hari ini free sikit tak keluar lunch. Masih kenyang lagi uii makan nasi lemak pagi tadi. Ni bilas ...