Rabu, 21 Ogos 2019

ALHAMDULILLAH.. REZEKI MAK AYAH TAHUN 2019

As Salam and salam Sejahtera korang,

Hari ini free sikit tak keluar lunch. Masih kenyang lagi uii makan nasi lemak pagi tadi. Ni bilas dengan teatox jer la. Kang malam sebu perut makan berlemak santan ni. Jadi zura nak abadikan kenangan rezeki mak ayah dapat mengerjakan haji tahun ni.

Syukur alhamdulillah, mak dapat telifon dan surat dari TH yang mak berpeluang mengerjakan haji tahun ni.Maksudnya dapat awal la dari sepatutnya. Tawaran ni dapat masa penghujung Ramadhan haritu. Kita nak sambut Syawal. But, mak tidak lah sekuat dulu nak pergi sendiri. Jadi adik uruskan permohonan untuk bawa ayah dan adik (kami panggil mmy). Kuota hanya 1 kekosongan setiap jemaah,mestilah didahulukan suami kan. Inshaallah mak boleh buat sendiri disana.Ye la bilik mak ayah kan berasingan.

Berita pemergian mak ayah tunaikan haji ni kami diam kan jer dulu dari sanak saudara. Biarlah mak sendiri yang war-warkan.Persiapan umpama last minit la. Tak da banyak apa pon nak tambah. Barang kelengkapan masa umrah dulu masih elok bersih disimpan. Jadi mak ayah kata pakai jer tu. Tanggal 20 Julai 2019 adalah hari yang dinanti. Sepatutnya jam 8 pagi mak ayah dah kena check in, ucu dapat call dan surat di whatsapp dari pegawai TH kata delay jam 2.15 petang baru check in.

Kami sampai di Kompleks Tabung Haji, KLIA agak lambat sebenarnya. Ye la banyak gak benti mak nak ke toilet pastu kami sarapan. Alhamdulillah, semua dipermudahkan dengan tenang jer. Perancangan awal hanya 3 kereta jer pergi, maksudnya kereta kami adik- beradik jer la.Pastu ociok nak sangat ikut,zura dengar dye bertanya pada anjang. zura rasa tak sampai hati,minta incik suami bawa kereta la.Jadi dapatlah ociok and anak-anak ikot skali.




Ni jer la yang kami sempat bergambar. Announcement dah banyak kali minta semua jemaah maktab ni kena lapor diri. Memang tak berapa jelas.Pahamlah kan ramai jemaah dan keluarga yahg hantar.Suasana agak bising.Tiada dalam gambar si ibu dan menantu 😌 Mereka uruskan bagasi dan wheelchair mak. Kecewa ibu tu memang tak dapat bawak bincang katanya.Haa jadi adalah zura crop tepek mukanya disitu.Bagi sedap hati sikit.


Tu belakang si ibu yang sedang menggunting. Kita tepek la muka dye walaupon dari sipi-sipi jer.Haaa. Masa ni tengah sibuk tampal tag pakaikan sarung ludgage semua.Kami first time jadi macam kelibut dibuatnya. Nasib lah ada orang jual sarung ludgage tu di belakang sikit tu.






Sempat ambik gambar mak ayah gini jer. Biasalah ramai kan.

Sepanjang mak ayah di Mekah, kami memang tak akan call walaupon mak ayah dah bagi nombor fon arab nun. Bukan apa, waktu dah memang tak sama kan.Waktu Mekah lewat 5 jam. Lagi satu kami nak biarlah mak ayah disana seronok tenang jer beribadah. Bila mak ayah call anak-anaknya gilir-gilir,barulah kami dapat dengar perkhabaran mereka.

Sepanjang mereka disana, zura akan tengok Buliten Utama TV3 setiap malam sentiasa doa dengan harapan dapatlah manalah taw kan terselit muka mak ayah tanpa sengaja di kamera tu kan. Bila menjelang Aidil Adha,rupanya ayah demam teruk sampai suara pon takda.Memang 3 hari sebelum zura call ayah, hati memang tak sedap taw. Asyik teringat ayah jer. Rupanya bila zura call waktu di Mekah awal pagi lepas subuh. Zura call dalam jam 2 ptg di Malaysia. Ayah demam teruk batuk tekak luka. Sedih risau sebab paham perangai ayah yang susah nak pergi klinik.


Pada 14 Ogos yang lepas, keadaan merisaukan dimana Mekah dan Madinah hujan lebat dan banjir. Time tu tengah malam,zura dah tidur si mama minta no fon mak coz hp dye dah sakit.Banyak contact number hilang.Bila mama update di group. Zura baca keesokan harinya, alhamdulillah mak ayah selamat. Begitu juga jemaah Malaysia yang lain. Mama cakap, call mak dah lebih 5 kali tak angkat,buatkan dia rasa lain macam. Kami dapat bideo tu pon dari kawan papa yang pergi tunaikan haji di sana.

Jadi untuk kompom sedap hati, zura call mak. Mak cakap mak kat hotel masa kejadian tu.Depan hotel cuma banjir sikit, yang mana masih boleh lagi berjalan. Bila call ayah lepas tu, ayah bagitu ayah dah pergi melontar di waktu pagi. and jemaah Malaysia pon disarankan membuat lontaran waktu pagi oleh pihak TH.

Ayah cakap, ayah pergi melontar sensorang dan buatkan lontaran untk mak. Mak tak ikut tak berasa sihat. ayah kata, elok lepas 1/2 jam ayah melepasi terowong tu hujan lebat terus. Syukur alhamdulillah ayah cakap mak tak pergi. Kalau mak pergi, berkemungkinan mak ayah terkandas dalam terowong tu jugak Ye la, ayah nak tolak mak pakai wheelchair kan. Ayah kata dari hotel ke tempat melontar dalam 1/2 jam jer. Dekat cuma kalau masa tu mak pergi pergerakan akan jadi lambat.Semua dah di atur oleh-Nya kan.


Dapat lah lepas kerinduan tatap wajah mak ditemuramah wartawan tv3. Ayah dah bagitaw pagi tu masa call mereka. Ingatkan adalah muka ayah kat sebelah seperti pasangan lain tapi tidak. ayah memang pandai mengelak di interbiu.



Inshaallah, jika tak ada pape deelay, 30hb ni penerbangan mak ayah akan sampai Malaysia. Tak sabar nak jumpa mereka. Ayah kata masak yasam.haaaa tak lalu tekak makanan arab. Doakan ya mereka selamat sampai dan semua penerbangan jemaah.

Okies korang, tengkiu sudi baca cerita segala macam-macam perkongsian yang zura share disini. Jumpa lagi di cerita seterusnya ya.

Selasa, 20 Ogos 2019

KENAPA PERLU LAKUKAN EXFOLIATION?

As Salam korang, salam sejahtera semua,

Kali ni nak hupdate kisah exfoliation.Pengelupasan kulit yang kurang diambil berat dikalangan kita. Anggap macam tak penting jugak pon iye.

Kenapa perlu exfoliation? Kan kita dah cuci muka setiap hari. Sehari tu pon bukan 2 kali jer kan? ada yang lebih 2 kali. Kenapa perlu exfoliation??? πŸ˜•πŸ˜•

Secara semulajadinya, apabila sel kulit baru tumbuh di dasar kulit, sel kulit mati pada permukaan kulit akan tanggal dengan sendirinya. 

Namun, semakin usia manusia bertambah, proses pertumbuhan semula sel kulit baru dan penaggalan sel kulit mati juga menjadi semakin perlahan.Haa ni la mengakibatkan sel kulit mati mula berkumpul dengan banyak di permukaan kulit lalu menyebabkan kulit kelihatan kusam, kasar dan kering.

Pastu, pengumpulan sel-sel kulit mati ini juga boleh mengakibatkan pengumpulan lebihan minyak dan liang-liang kulit juga mudah tersumbat. Bila dah jadi gini bertahun lamanya, lagi mudah wujudnya cela dan jerawat bertenggek.








Exfoliation dengan produk dan cara yang betul dengan menanggalkan sel-sel kulit mati yang dan memberi laluan kepada sel-sel yang lebih muda dan segar menyerlah pada permukaan kulit. Apabila sel-sel kulit yang lebih sihat dan segar tidak dihalang oleh sel-sel kulit mati, nutrien pada produk kulit yang digunakan boleh menembusi kulit dengan lebih dalam dan kesan baiknya pada kesihatan sel-sel kulit akan meningkat.


Memang benar bahawa exfoliation menjadikan lapisan kulit semakin sihat, mulus dan cantik.


Namun exfoliation yang tidak dilakukan dengan betul, boleh mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan.


Sekiranya korang nak melakukan exfoliation, adalah mustahak untuk melakukannya dengan selamat dan tidak keterlaluan. Ini bertujuan untuk memelihara struktur kulit agar tidak rosak lalu menyebabkan kemerahan,pedih atau menjadi punca tumbuhnya jerawat.


Jenis-jenis tekstur exfoliate dipasaran ada 2 . Samada ia bersifat kasar berbiji-biji ataupon lembut. Jika ia bersifat kasar janganlah korang menyental dikulit dengan kasar dan kuat. Begitu juga yang bersifat gel lembut. Tetap lakukannya dengan lembut jer di muka. Amalkan dengan hanya menggunakan 2 jari (jari tengan dan jari manis ) bagi kedua-dua belah tangan untuk mencuci muka. Tekanan dari 2 jari yang kita gunakan tidak terlalu kuat dan menyakitkan pada kulit.


Dengan penerangan serba sedikit ni, zura harap korang paham la penting jugak menyental kulit mati di muka kita taw. Banyak keburukan kalau kita tak buang sel kulit mati tu.


Khamis, 8 Ogos 2019

RAPATKAN SAF HERV V3 : TOK BALI RESORT, KELANTAN

As Salam semua,selamat sejahtera

Curi masa sendiri nak hupdate blog ni ha.Program bulan June yang lepas. Adoii dah basi dah uiit. Semua zura dah hupdate dekat facebook dan instagram. Tapi tak banyak. Nak simpan dekat blog,boleh cerita panjang-panjang kan.

Ok,tengok tajuk ni dah volume 3 kan. Mana 2 volume sebelum ni? yang sebelum ni, hanya leader-leader ke atas jer yang pergi. syukur rezeki untuk volume ni mommy open untuk ejen sekali. Jauh kan kelas marketing jugak plus bersoal jawaqb apa-apa masalah produk dengan mommy Hera Helmi. Dalam menyelam tu sambil minum air la kan, launching produk baru.jeng jeng jeng..


Hari pertama (21 June 2019) : Bertolak dari KL.Kami berkumpul di wherehouse Herv, Bangi. Pengiraan awal dalam puluhan tapi last minit ramai nak pergi sendiri, tinggal kami yang 14 orang jer. So cater van pelancong jer la mommy sediakan. Selesa sangat. macam zura, dalam van tu,zura sorang jer ejen.Selebihnya dah level-level stokis ke atas. Semoga aura mereka tu melekat dan zura dapatlah naik level macam mereka bersama tim-tim zura yang sudi sama-sama seikhlas hati nak sebarkan manfaat menjaga basic skincare. Leader zura pergi sendir coz bawak anak-anak kecil.

orang pertama sampai.Dah dia jar dek suami pantual ikut masa. Masa itu amat berharga lagi-lagi bagi orang berbiznes





Kami dah ready nak bertolak. setelah deelay dalam sejam lebih macam tu.Hmmm biasalah kan,driver sabar jer la menanti yang lambat tu.

Berhenti sekejap di Genting Sepah kerna pemandu dan assistant belum bekpes lagi. Pastu teruskan perjalanan. Ada lah dalam 3 kali jer berhenti sekejap di stesen minyak. Ada nak membuang dan isi minyak. Kami memang makan alas perut jer la yang beli dekat stesen minyak. Sebabnya nak makan iakn goreng tepung pemes emes dekat Ganu nun.Haaaa..Bayangkan zura hanya sarapan roti canai jer. Pastu alas perut dengan roti dan air mineral sahaja. Bukan taknak beli yang berat-berat, risau kang perut meragam di highway tu,acaner la kan..


Akhirnya, kami sampai tempat yang dihajati dalam lebih kurang jam 4 petang. Laparrr gila. Memang zass zass ambil sambil makan di tepi pantai.uiiittt syoknyer.


Menu kami yang baru ambil.Haa rambang mata taw tengoknya.Biasalah bila dah lapar kan, semua nampak sedap. Kesimpulannya, ok la rasanya bagi tekak kami. Kerna kuasa viral telah memanopoli kan. Dah kenyang,apa lagi.Selfie bergambo sakan la di pantai. Tenaga dah penuh kan.haaa





Bila dah rasa macam nak maghrib, baru memasing insaf jom ler pergi hotel. Walaupon tak puas hati kan. Haaaa.. Banyak gambar dalam facebook. And masa kami sampai, dah mula ramai pengunjung. Jadinya ada port-port nak bergambar tu tak dapat la.


Sampai Tok Bali kami disambut oleh mommy. Allahu, hilang rasa penat perjalanan jauh. Pertama kali jumpa mommy ni. Seyes tak tipu, skin mommy memang cantik walaupon ada sedikit-sedikit nampak jeragat tu. YE, kita bole tahu orang tu pakai mekap or tak. Bila kita dah mula mahir skincare.

Lepas peluk cium molot dengan mommy, kami pon terus pergi ke bilik. Penat kan. Nak rehat. Eso penuh seharian aktiviti.



Hari kedua (22 Jun 2019) : Hari ini penuh kelas.Ada 3 slot bersama En.Khairul, En Aiman dan mommy. Tapi slot En Aiman tak ada. Last minit En Aiman tak dapat nak join.

Banyak ilmu berkaitan dari diri kita sendiri di kupas. Memang best sangat. Berbeza dengan kelas biznes yang pernah zura join sebelum ni. Alhamdulillah, zura bersyukur dapat kaut ilmu dari pelbagai bidang, pelbagai mentor. Samada hanya fokus pada marketing semata, ilmu keperibadian dan sahsiah cara Rasulullah (s.a.w) berniaga gaya islam.

selfie itu wajib ye sebelum pergi sarapan dan masuk kelas.



bersama leader Sri kembangan. Wajib ambil gambar depan bilik sebab asyik lupa jer kami nombor bilik.hahaha
\

ni pon roommate zura, Yana dari Perak, staff monster..tak ingat.haaa






ready nak kaut ilmu

bersama leader (yang tengah) dan ejen Pantai Timur,Ciksu.Kami 1 team





Seharian menimba ilmu, malamnya pulak ada launching produk baru. Berdebor-debor kami. Pihak HQ hanya merancang, yang menentukannya adalah Yang Maha Esa. Lepas kelas kami habis jam 6 petang, hujan turun dengan lebatnya.

Kami dapat whatsapp di group, program malam ditunda sehingga hujan berhenti lah. Akhirnya hujan tidak berhenti sehingga jam 9 malam. Tak adalah makan-makan launching di tepi kolam. Persiapan dari pihak resort dah prepare petang tu. Zura lalu masa nak balik bilik,memang cantik. Tak ada rezeki. Akhirnya hanya makan-makan jer di restoran dalam resort.


Habis makan bersama famili (mana yang bawak dan ejen stokis area pantai timur) leader-leader berkumpul dilobi, coz mommy nak umumkan produk baru tu. Zura pon terselit jugak 😊Rezeki jugak la namanya. Bonde(panggilan leader tu.Namanya lupan.haaahha) ajak teman,takot balik bilik sengsorang. Jadi zura dapat taw awal jugak lah. Rezeki zura jugak dapat free on the go size.sukaaa.


Hari ketiga / hari terakhir (22 Jun 2019) : Kami check out awal pagi, lepas sarapan. Mestilah nak menyinggah kan. Nak beli ole-ole utuk yang ditinggalkan dirumah. Sementara menunggu driver sampai, apalagi selfie itu bergambar itu wajib kannnnn..........



aksi ini nak join contest hq yer.haaa

dapat bergambar dengan mentor, En Khairul. jumpa di lobi




Inilah dia yang dah launching. Brightering Oil Cleanser bersaiz On The Go. Sesuai lah untuk kita bawak travel ataupon untuk yang baru nak mencuba. But but but hanya limited edition jer korang. Owhya, ni bukan design sebenar ye.

ni botol sebenar. Sama design cuma lebih metalic.Herv kan hef hef

Jadi, cuma mampu mendoakan semoga mommy dilimpahi rezeki. Sepanjang dari hari pertama kami bertolak sehingga hari terakhir kami berada di Tok Bali, semua ditanggung oleh pihak Hq (mommy). Kami hanya bawak duit shopping jer. Itu pon kalau sempat la kan. Utuk leader ke atas mereka diberi 1 bilik personally bagi yang menyusu anak dan bawak anak-anak. Ya mommy is family first. Masa slot mommy dal kelas pon dok dukung anak.haaa comel jer.

Itu lah serba sedikit kisah kami di Tok Bali. Bila niat kesana nak bercuti, pasti balik bawak nikmat berjimba-jimba la. Andai pergi dengan niat nak ambil ilmu dan apa-apa berkaitan biznes nak ditiruvasi, ilmu lah yang dibawa pulang.

Jumpa korang lagi di lain kisah. Owh ye, tak salah nak mekap.yang salah tu dari kita.

ALHAMDULILLAH.. REZEKI MAK AYAH TAHUN 2019

As Salam and salam Sejahtera korang, Hari ini free sikit tak keluar lunch. Masih kenyang lagi uii makan nasi lemak pagi tadi. Ni bilas ...