Selasa, 20 Ogos 2019

KENAPA PERLU LAKUKAN EXFOLIATION?

As Salam korang, salam sejahtera semua,

Kali ni nak hupdate kisah exfoliation.Pengelupasan kulit yang kurang diambil berat dikalangan kita. Anggap macam tak penting jugak pon iye.

Kenapa perlu exfoliation? Kan kita dah cuci muka setiap hari. Sehari tu pon bukan 2 kali jer kan? ada yang lebih 2 kali. Kenapa perlu exfoliation??? 😕😕

Secara semulajadinya, apabila sel kulit baru tumbuh di dasar kulit, sel kulit mati pada permukaan kulit akan tanggal dengan sendirinya. 

Namun, semakin usia manusia bertambah, proses pertumbuhan semula sel kulit baru dan penaggalan sel kulit mati juga menjadi semakin perlahan.Haa ni la mengakibatkan sel kulit mati mula berkumpul dengan banyak di permukaan kulit lalu menyebabkan kulit kelihatan kusam, kasar dan kering.

Pastu, pengumpulan sel-sel kulit mati ini juga boleh mengakibatkan pengumpulan lebihan minyak dan liang-liang kulit juga mudah tersumbat. Bila dah jadi gini bertahun lamanya, lagi mudah wujudnya cela dan jerawat bertenggek.








Exfoliation dengan produk dan cara yang betul dengan menanggalkan sel-sel kulit mati yang dan memberi laluan kepada sel-sel yang lebih muda dan segar menyerlah pada permukaan kulit. Apabila sel-sel kulit yang lebih sihat dan segar tidak dihalang oleh sel-sel kulit mati, nutrien pada produk kulit yang digunakan boleh menembusi kulit dengan lebih dalam dan kesan baiknya pada kesihatan sel-sel kulit akan meningkat.


Memang benar bahawa exfoliation menjadikan lapisan kulit semakin sihat, mulus dan cantik.


Namun exfoliation yang tidak dilakukan dengan betul, boleh mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan.


Sekiranya korang nak melakukan exfoliation, adalah mustahak untuk melakukannya dengan selamat dan tidak keterlaluan. Ini bertujuan untuk memelihara struktur kulit agar tidak rosak lalu menyebabkan kemerahan,pedih atau menjadi punca tumbuhnya jerawat.


Jenis-jenis tekstur exfoliate dipasaran ada 2 . Samada ia bersifat kasar berbiji-biji ataupon lembut. Jika ia bersifat kasar janganlah korang menyental dikulit dengan kasar dan kuat. Begitu juga yang bersifat gel lembut. Tetap lakukannya dengan lembut jer di muka. Amalkan dengan hanya menggunakan 2 jari (jari tengan dan jari manis ) bagi kedua-dua belah tangan untuk mencuci muka. Tekanan dari 2 jari yang kita gunakan tidak terlalu kuat dan menyakitkan pada kulit.


Dengan penerangan serba sedikit ni, zura harap korang paham la penting jugak menyental kulit mati di muka kita taw. Banyak keburukan kalau kita tak buang sel kulit mati tu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ALHAMDULILLAH.. REZEKI MAK AYAH TAHUN 2019

As Salam and salam Sejahtera korang, Hari ini free sikit tak keluar lunch. Masih kenyang lagi uii makan nasi lemak pagi tadi. Ni bilas ...