Hi semua. Haa hari ni ada masa sekelumit ni zura hupdate segala aktiviti zura di awal-awal tahun ni ya. Rupanya ada belum share dengan korang. Patotla, tengok folder picture kat pc ni banyak naw gambo-gambo terperap.Haaaadoii.
Okies, Zura tak pasti lah kan. Korang follow ke tidak FB Puan Mary tu. Zura mula mengikuti beliau di akhir tahun 2016. Mula-mula tu tengok-tengok gitu jer la apa yang dikongsikan oleh beliau.Bila masuk tahun 2017, makin menarik konten perkongsian beliau. Bab padanan warna pada baju,gaya penampilan, Bingkai cermin mata yang sesuai ikut raut wajah, itu semua dari tahun 2016 lagi zura ikuti. Tahun 2017 banyak lagi konten yang menarik sehingga penjagaan wajah. Misi Kulit Korea. Haaa memang terkena sesuai dengan minat zura ni taw. Bila Puan Mary selalu buat live yang menarik, zura rajin tengok dan kalau tak sempat. share jer dulu.
Sehingga datangnya 2018, Puan Mary tubuhkan "Kampus Group FB" .Ini memang lagi woww. Boleh kongsi share segala tip penjagaan muka and paling seronok tu. Dikalangan kami ahli group tu ada yang pakar dari pelbagai aspek kan. Mereka dilantik jadi cikgu untuk pengkhususan masing-masing.
Ehh pendek cerita, memang tak akan menyesal taw join Kampus. Bukan hanya untuk kita-kita yang bekerjaya jerr. Surirumah pon boleh manfaatkan ilmu dari Kampus. Macam zura,weekend jer terus bertukar jadi bibik.hahahaha. sekarang tak dah. Sejak masuk kampus. Weekend or Weekday bekerja tetap penampilan like queen. Pelan-pelan kayuh ubah.
Eh melalut pulak cerita pasal Kampus. Nampak tak..nampak tak. Best yakmat kampus tu. Bukan group-group merapu merapan yang semakkan FB kita. Ok berbalik pada jalan yang benar. Haa. Bulan April lepas, Puan Mary telah adakan seminar untuk siri ke 3. Bukan setahun berkali-kali taw Seminar ni. Jadinya.zura dapat join Siri ke 3. dua siri yang terdahulu, tarikhnya tak kosong untuk zura. Bak kata Puan Mary. Sokay kalau tak join Seminar yang lepas. Tapi rugilah sebab setiap Seminar,topik berlainan uolls. Korang bayangkan ILMU IMEJ ni ada lebih kurang 20 topik.Wallaweii but zura suka ilmu imej ni. ADa yang sesuai kita praktikkan seharian, berhadapan dengan orang-orang penting dan sebagainya.
Tarikh : 07 April 2018
Masa : 8.30 pagi sehingga 6.00 petang
Tempat : IDCC, Shah Alam,Selangor
Fokus:
1) Audit Imej Dan Personaliti
2) Hapuskan Mentaliti Tidak Tahu Bergaya
3) Kenali Cabaran Pada Tubuh
4) Teknik Memilih Pakaian Mengikut Tubuh
5) Aplikasi Warna Pada Pakaian
6) Pemilihan tona Mekap
Topik-topik pada hari tersebut memang menarik dan mengujakan. Memang tidak dinafikan, zura ni tak da la pandai sangat dalam penampilan atau matching warna baju dengan tudung. Kekadang tu warna yang dok matching tu, memang warna selamat sangat.Haaaa. Bila hadir seminar ni, dengan incik suami punya penampialn kita bantu taw awak. Terus terang,diawal kahwin penampilan incik suami memang out gila. Incik suami pon jenis suka simple tak sarat. Ikut majlis la kan.Kita pon bantu la sikit-sikit dan lepas habis seminar tu zura share lagi ilmu untuk penampilan lelaki. Memang sesuai sangat topik hari tu. Incik suami memang suka koleksi jam. Setiap jam yang ada untuk kegunaan tertentu. Untuk mesyuarat, harian,dinner. Kesimpulannya, incik suami memang banyak koleksi jam. Zura? Ada 2 utas jer.hahaha. 1 kategori fesyen. Dan satu lagi sesuai untuk dinner or mesyuarat. Tapi daku belasah pakai harian. Sebab automatik kan. Tak pakai mati,dah kena ejas pulak.
Bulan Oktober ni, ada lagi Seminar Imej 360. zura dah daftar. Topik memang sesuai jugak dengan zura yang dah bertukar angin kerja ni. dah masuk dunia pekerjaan dimonopoli lelaki. Kena lebih fokus nanti. Dan syukur dapat LV Seat. Kira depan-depan dah ni.
Siri 3 ni zura dapat beli tiket DIOR jer. Tak apa la kan.
Daftar sengsorang, actually by group.Itu pon kenal mereka dekat Kampus. In person memang sengsorang. Senang cerita selalunya mana-mana seminar yang minat dan berkaitan. Zura datang sorang jer. Kawan? dekat sana baru dapat kawan. Kan bertambah kawan kita tu
Rezeki dapat bergambar dengan Puan Mary. Owhya yang kanan tu Eekeen. Kenal dia pon dekat Kampus. Lagi sorang owner Spa si Elle. Mana tah dia time ni. Bulan Oktober ni kami hadir sekali jugak.
Yang penting puas hati seronok dapat ilmu imej ni. Imej ni bukan kita perlu nak berpenampilan over atau tak kena dengan sesuat majlis/tempat. jika kita bersifat berpewatakan simple, just apply ilmu imej tu dengan kesuaian jiwa kita. Bagi zur ilmu imej ni penting untuk kita supaya kita tak rasa kekok tak rasa salah penampilan dengan keadaan kita ketika itu.
Jumpa korang Okotber nanti ya. Tegur-tegur la ye.zura ni pemalu.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan