Ye la, korang mesti terpelik kan jual barang kosmetik tapi ada team building bagai. Mestilah uolls, dengan cara ni jer la kita dapat mengeratkan ukhwah antara each other. Lagipon kita bukan dengan semua team ada dalam prenlist lama sosial kan. Tak kenal pon.haaaa gitu. Ni, program kedua yang zura join sejak terjebak jadi ahli SQB ni.
Jom lah kita mulakan aktiviti hari ni yang penuh menyingkirkan lelemak di badan. Menjemput sakit-sakit sendi.
acara wajib memasing la bila dah lepas mendaftarkan diri di lobi. zura tengok jer, segan and tak kenal derang ni. Dalam Team Ros, zura sorang jer yang join. Jadi agak macam kera sumbang la. Tapi tu tarak kesah punya.
Ada hadiah best dress taw. Memang layak Mekcu yang menang. Tu yang pakai skirt tali panjang tu yang menang. Rajin dia bawak segala prop. Dalam group memang dah bagitaw ada best dress tu.
Pembahagian kumpulan dah dapat awal masa daftar and ambil baju tadi. Ada 3 kumpulan : Biru, Kuning dan Hijau. Zura kumpulan biru. Satu group dengan bos, Sepet.hihhihi
Acara pertama mestilah warm up dulu kan. Masa ni matahari dah kelaur weii. Dekat jam 9 pagi tak silap baru mula aktiviti. Fuhh nasiblah ada Seqy Produk dah tanam pasak siap-siap dalam kulit. Supaya kulit tak terbakar.
acara pertama : lari dalam guni. Weii ni sukan zaman sekolah rendah dulu. Haa memang acaner nak lari gini. Ok orang pertama yang mulakan agak pikir sendiri la nak dapatkan rentak. Kami-kami kat belakang ni, dapat dah tip dari derang.haaa
Acara kedua : apa monkey tah. alah lari kepit bola kiri kanan tangan dengan sebiji kat peha. Haa gitu. Mana yang seluar agak licin ni, memang susah jugak lah. Macam zura. Asek nak jatuh jer.
Ni tak tahu apa nama game ni. Yang tahu kumpulan mana paling terpanjang tanpa memutuskan diantaranya. Pakai apa jer yang ada dekat diri.
Yang ni mumia pulak.Tapi sebelum mumia tu ada acara baling belon.Belon yang dalamnya ada air tu. Haa yang tu tak taw siapa menang. Rasanya hijau. Yang banyak belon tak pecah.
Acara keempat: Harungi tujuh halangan. Haa macam tu la tajuknya lebih kurang. Hanya 2 bahagian jer boleh wakilkan dari kumpulan. Satu tu yang macam tarzan tu, uiitt dalam rupanya kolam tu.Paras pinggang jugak la. Coz ada dari kumpulan lain, dia nak cuba buat and tak lepas terjatuh dalam kolam tu. Lencun weii. Terus haku cuak. Jadi diam-diam dekat tepi jer la. Jadi pompom girl je.
Yang lagi satu tu panjant tembok batu tu. Haa tu memang tinggi hokey. kumpulan kami ni dah la tak ada lelaki and bernasib baik la ada yang saiz kecik. So kerah lah tenaga kami beramai-ramai tolak sambut kengkawan tu. tu namanya semangat berpasukan.
Acara kelima: yang ni ha, Zura sebenarnya menyesal tarik diri. sebabnya takut tinggi sangat. Pahtu bila dah cakap dengan organizer bro-bro tu, dorang tak bagi.Kang pape tanggung sendiri. Ingatkan tinggi la dari tinggkat 10 ker kan. eleh sekali dari tingkat 2 jer. Ada yang nsk buat pon. Mayb gayat or penat sangat dah. Ye la sepatutnya aktiviti ni lepas jam 2 petang. disebabkan game lain habis awal. Kami nak teruskan jer. Nanti bole rehat lama sikit.
Aktiviti terakhir: Setiap kumpulan dapat task beberapa jam yang lepas taw. Setiap kumpulan kena ikot artis K-Pop menari sambil wajib guna prop yang diberikan. Bayangkan lah dah badan penat, lapar masa tu disuruh pikir disuruh ikot gaya artis yang selim lembut itu. Kami hokey jer, buat jer lah sehabis baik. walaupun berterabur dan step ada tak buat.
Ni kakak ini menag paling aktif dan cergas dalam game. Tak silap zura,umurnya dah 40+ taw. Cergas fit taw.
yang kakak ni.akak kot. Dia dapat hadiah atas keberanian dia nak mencuba game tarzan tu. Tahniah kakak berani.
Mekcu best dress.Memang layak pon. Tengok ha prop nya. Tahniah.
Kumpulan hijau naik tempat kedua. Gaya macam juara.hahahaha gaya itu penting kan.
kumpulah kuning tempat ketiga. Ni pon boleh tahan taw ke 'kpop'an derang. Kami jer huhuhu
Kumpulan ni la yang menang tu. Haaa kami tak sangka wei macam mana boleh menang. Haa siap tengok kertas pemarkahan tu. Pelik kan. Yang menang dok belek semak camne boleh menang. Kesudahannya, kami abaikan sebelum kumpulan lain nak menyemak jugak. Tah pape jer kitaorang ni kan. Overrr.
Alhamdulillah, aktiviti berjaya kami habiskan seawal jam 4 petang macam tu. Atas permintaan jugak. Ada yang balik hari, ada yang terus shoot jauh. Terima kasih Seqy adakan aktiviti begini. Bukan menjual semata produk mereka. Kami pakai dulu, jadi testimoni dulu baru kami jual. Itu lebih bagus dari kita tak memakai sesuatu produk tu.
Semoga kita jumpa lagi di aktiviti bulan November nanti. Owh ya, zura tak dapat join aktiviti tu, coz besday mak.